Uptown Danau Kota

Saja ajak Mr. Abang pergi Uptown sebab nak tambah koleksi shawl & skirt.  Kalau nak tambah koleksi pakaian saya memang suka beli di Uptown sebab barang2 termasuklah pakaian dijual dengan harga yang agak murah & berpatutan. Tapi tak tahu uptown mana yang paling dekat dengan Puncak Alam selain Uptown Shah Alam. Malasla nak pergi Uptown Shah Alam sebab dah banyak kali pergi situ. Besides that, pernah ada history kat situ iaitu kena saman dengan MBSA sebab parking di tepi jalan (my fault). Mr. Abang suggestla pergi Uptown Danau Kota yang berlokasi di KL dan jaraknya dalam 30km dari Puncak Alam.
Sampai sahaja Uptown Danau Kota (dengan mengunakan khidmat PapaGo), kitaorang makan di Mali's Corner. Mali's Corner just opposite of Uptown Danau Kota. Tersangatla ramai orang yang makan di situ. Time Mr. Abang beratur nak order makanan, saya pergi book tempat dulu. Takut bila dah dapat makanan, tak ada tempat pulak nak duduk. Saya order Nasi Lemak & Mr. Abang order Char Kuew Tiaw.
Selesai makan, bermulalah misi menambah koleksi pakaian di Uptown. Uptown Danau Kota sama juga seperti uptown2 yang lain. Cuma kawasannya lebih luas, lebih happening & banyak gerai2. Pelbagai jenis barang di situ antaranya pakaian, makanan, perkakasan rumah & barangan kucing pun ada. Kalau kaki dah lenguh setelah shopping. boleh pergi ke stall foot massage. Setelah dah survey, dah window shopping & so on, saya dapat membeli sehelai shawl berharga RM15 & sehelai skirt berharga RM30. Selesai sahaja shopping, kitaorang balik pada pukul 12:30pm...Actually dah masuk kereta baru sedar kitaorang dah jenjalan sampai tengah malam..



 have a late dinner at Mali's Corner


 Surveying shawl & skirt
Just upload dua gambar sahaja sebab tak dapat nak bergambar sangat. Time shopping tu hujan renyai turun & non-stop.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment