Julie: Our Family Pet that Used to Be A Stray Cat

Julie. Itulah nama kucing kami. Mula2 bela Julie pada enam tahun yang lalu, masa Mus darjah 5. Actually Mus la orang pertama yang jumpa Julie. Ceritanya begini. Masa tu Mus & Mak baru balik dari jogging di taman kawan perumahan kami. On the way mereka berjalan kaki ke rumah, Mus ternampak seekor kitten di tepi jalan. Pastu Mus panggilla kitten tersebut. Tiba2 kitten itu ikut Mus dari belakang sampai ke rumah. Disebabkan tak sampai hati nak drop kat tempat lain, kami sekeluarga pun belala kitten itu. Dan sayala yang memberi nama Julie terhadap kitten itu. Sejak hari itu kami bela Julie sampai sekarang.

Julie buat pose manja pulak..nak buat orang teringat kat diala tue..

Pose control..gedikla Julie nie..

Setiap kali kalau ada kucing baru, akan diberi training dahulu termasuklah Julie. Cewahh..macam pekerja baru pulak. Kucing2 sebelum ini pun sama jugak. Just nak train supaya kucing baru tak membuang merata tempat. Caranya, after kucing baru ini diberi makanan, mesti dikurung dalam bilik air. Make sure ada provide airla dalam bilik air. Reason kami kurung kerana kami tahu kucing after makan mesti nak membuang tak kirala dalam bentuk solid or liquid. Lepas beberapa puluh minit or sejam, mesti kucing tu dah membuang something & boleh keluarkan kucing dari bilik air. Apabila kucing baru ini dah membuang beberapa kali di tempat yang sama, selepas itu kucing baru dengan sendirinya akan pergi membuang di tempat yang sama. Tak perlula kita nak kurung dalam bilik air lagi.




Ada orang tanya macammane kami boleh bela kucing begitu lama. Ada kucing yang diorang bela sekejap ada yang larila, hilangla. Saya jawab saya just ikut jea kemahuannya. Kalau Julie lapar beri makanan, kalau nak keluar bukakkan pintu, kalau nak ehem2, bukak pintu bilik air.Besides that, kami suka belai Julie..



Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Mak Yong Doakan Moga Kak Long terus success dalam dunia blog.....Mak Long pn dh jadi org malas nak tulis blog....huhuhuhu....x tau la bile nak rajin blk tulis blog....tapi Mak yong suke bace blog org jd silent reader.....

    ReplyDelete
  2. Aminnn...:)..saje nak berjinak2 dlm aktiviti blogging ni...:)

    ReplyDelete