The Story of Our Home Purchase: Stamping Sale & Purchase Agreement

Pada awal bulan September, saya & Mr. Abang meeting dengan Kak Su buat pertama kalinya. Tujuannya adalah untuk sign semua dokumen iaitu SPA, Ijarah & Bank Loan Agreement.  Semasa kami berjumpa Kak Su di kedai Mamak di area Saujana Utama, kami ternampak berbuku2 dokumen di atas meja yang Kak Su duduk. Mula2 xsure itu untuk apa. Rupa-rupanya semua itu adalah dokumen yang kami berdua kena sign. Ya Allah, banyaknya.. Kak Su beritahu dokumen itu jadi banyak sebab kami apply Islamic loan. Kalau conventional, tak adela sebanyak tu yang kena sign. Selesai sign, Kak Su akan pass pada Che Dah pula untuk sign. Selesai initial dari kedua-dua belah pihak, Kak Su akan submit kesemua dokumen ke Pejabat Tanah untuk mendapatkan consent. Kami pula kena bayar 50% SPA fee dahulu. Proses inilah yang mengambil masa panjang iaitu 3-4bulan. So, buat masa sekarang kami just tunggu update dari Kak Su.

 SPA Fee Quotation

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment