Lunch at Restoran Sri Pantai Asam Pedas, Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru with Gediks Family

Pergi jalan-jalan rumah Farid di Johor tahun lepas, Farid ada bawak lunch di kedai makan yang menyajikan masakan seafood dan asam pedas. Asam pedas adalah signature menu kedai makan ini. Nama kedai makan ini adalah Restoran Sri Pantai Asam Pedas. Lokasinya adalah di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru Johor.

Nak pergi ke kedai ini, kena melewati ladang kelapa sawit. Kena drive dalam 15-20 minit dari jalan besar dan akan jumpa perkampungan melayu di muara sungai. Kedai makn ini atas sungai dan betul-betul di tepi jeti. Jeti ini untuk aktiviti perikanan dan juga pelancongan ecotourism.Time kami adalah pada hari ahad iaitu hari kerja di negeri Johor. Jadi tak penuh sangat dengan orang di kedai makan ini. Farid bagitau kalau time cuti susah nak dapat meja available.

Kami order of course asam pedas ikan merah, sotong goreng, sayur dan telur dadar. Asam pedasnya perghhh padu rasa kuahnya. Pekat dan sedap. Ikan pun fresh. Sotong goreng pun sedap. Sambil makan sambil menikmati view muara sungai yang sangat mendamaikan jiwa.




Boleh repeat makan di sini lagi sebab sedap. Tapi nak pergi makan sini tak boleh time perut kosong. Sebabnya nak pergi ke kedai nib oleh tahan jauh. Kalau pergi time ramai orang, ambik masa lagi untuk tunggu makanan yang di order dapat. Jadi make sure jangan pergi time tengah lapar. Tapi yang boleh guarantee berbaloi untuk pergi makan di Restoran Sri Pantai Asam Pedas sebab sedap dan dapat tengok view yang cantik.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Kalau pengunjung datang ramai semestinya tempat sini semua makanan sedap-sedap kan .. . Tapi tue la kalau pergi time perut betulcbetul lapar , makanan yang dioder pun lambat sampai bebal jugak kan

    ReplyDelete