Ikut Highway Temiang Ada Permandangan Ala NZ Balik Kampung Uwan di Kampung Jempol

Umuq dah nak masuk 40 baru merasai lalu Highway Temiang buat pertama kalinya untuk balik kampung di Kampung Jempol. All the while lalu Bukit Putus je.


Highway Temiang dikatakan dah viral kerana ada permandangan ala-ala New Zealand(NZ). Sebabnya di situ ada view bukit bukau dan kehijauan hutan. Tapi highway ini bukan tempat pelancongan. Jadi memang tak tempat berhenti untuk bergambar. Yang ada pun Cuma Lorong kecemasan.

Kami berhenti bergambar bila tengok tak banyak kereta kat highway. Itupun tak sampai lima minit berhenti dan bergambar, lepas tu cepat-cepat pergi. Ada orang share kalau time pagi view lagi cantik sebab dipenuhi dengan kabus. Denga nada rasa sejuk lagi.

Highway Temiang ni jaraknya lagi jauhla compare ikut Bukit Putus kalau dari KL nak ke Kampung Jempol. Tapi kalau time musim percutian yang banyak kenderaan sangat disyorkan lali highway Temiang sebab lagi kurang kenderaan lalu highway ini. Apapun sangat menarik lalu highway Temiang ini.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Ramai jugak yang berhenti tu.
    Mrs. A lalu aje belum pernah berhenti lagi hahahaa...

    ReplyDelete
  2. Wahh cantiknya view dekat sini . Serius macam new zealand .. Fall in love laaa bila lalu kat sini . Tapi bab nak bergambar tu memang kena cepat-cepat takut ganggu lalu lintas pulak nanti

    ReplyDelete