Visit Endangered Sea Turtles At Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang


Awal tahun 2017, bawak Dak Zafran melawat ke tempat pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Akhir tahun pulak iaitu pada November lepas, bawak Dak Zafran melawat ke tempat pemuliharaan penyu pulak.

Tempat Pemuliharaan Penyu ini di Cherating, Pahang yang namanya Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Saja nak bawak Dak Zafran ke tempat macamni supaya dia sayang lebih sedikit dengan haiwan terutamanya haiwan yang hampir nak pupus. Hehe.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Antara port menarik di pusat maklumat

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating adalah di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Nak masuk percuma sahaja.. Tapi boleh jea nak beri sumbangan seberapa yang kita nak kepada pusat ini. Sama macam pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Maklumat tentang proses penetasan telur anak penyu

Kitaorang pergi Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu selepas check out Residence Inn. Semasa Residence Inn lagi, Dak Zafran dah dapat tengok penyu. Tapi beberapa anak penyu sahajalah di dalam akuarium yang diletakkan di tempat receiptionist. Tujuan diletakkan di meja receipt adalah untuk diiklankan kepada pengunjung, yang resort ini turut menyediakan aktiviti pelepasan anak ke laut.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Bentuk anak penyu karah

Kalau nak join, kena berkumpul di receipt setiap pukul 5pm. Harga yang dikenakan adalah Rm25/pax. Disebabkan kitaorang lambat check in pada semalamnya, dah terlepaslah. Tapi harganya pun boleh tahan jugak mahalnya. Maybe ada sebahagian kutipan disumbangkan kepada Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu kot. Saya rasalah.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Tempat yang dinanti-nantikan iaitu kolam penyu

Tak dapat join aktiviti pelepasan anak punya, tu bawak Dak Zafran ke pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Tak jauh pun dari Residence Inn. Hanya 10 minit sahaja dari Residence Inn.

Masuk-masuk je, Dak Zafran terus excited bukan tengok penyu. Tapi tengok ikan-ikan dalam akuarium. Sebab nampak akuarium ini dulu. Ahaks.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
 Penyu-penyu tengah bersantai

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Ni semua geng malas membaca. Cepat jea ke kolam penyu. Yang the only suka membaca iaitu Mak duk tak keluar-keluar lagi dari pusat maklumat.ahaks.

Masuk ke dalam sedikit adalah boleh baca maklumat-maklumat tentang program pemeliharaan & pemuliharaan penyu. Dak Zafran excited tengok  gambar-gambar penyu yang ada di pusat maklumat. Yang baca maklumat ini sampai habis, mak seorang sahaja. Saya tak baca sebab nak escort Zafran (alasan jeakan.kuikuikui)

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Nak sekeluarga bergambar dengan penyu, penyunya menyorok pulak.

Dekat bahagian luar, barulah boleh tengok penyu-penyu yang pelbagai usia di kolam penyu. Yang baby pun ada. Yang remaja pun ada. Dewasa pun ada jugak. Ada beberapa kolam penyu di bahagian ini. Land turtle, kura-kura pun ada jugak. Tapi tidak sekalikan dengan penyulah.  Dak Zafran again excited tengok alive turtle & tortoise ni.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Baby penyu

Kalau nak beli something sebagai kenang-kenangan, di pusat ini juga ada juga pelbagai jenis souveniar. Souveniar ini dijual di bahagian entrance.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Land turtle aka tortoise pun ada

Sebelum balik, pesan dengan Dak Zafran jangan buang sampah plastic merata-rata especially di pantai. Nanti penyu-penyu ini akan makan plastik ni kalau terjumpa sebab ingat obor-obor. Sebab tercekik atau indigestion atau etc, boleh mendatangkan maut kepada penyu. Lagi cepatlah penyu pupus.

Visit Endangered Sea Turtles At  Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang

Dak Zafran merenung kosong kepadaku macam tak faham jea apa saya cakap ni. Tak apalah dah besar sedikit, remind sekali lagi.hikhik. Gitulah yea. Jangan buang sampah merata-rata especially di pantai supaya tidak memudaratkan penyu dan juga haiwan-haiwan lain.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

13 comments:

  1. tinggal sikit dah anak penyu dalam sangkar kecik tu, masa KBBA9 pergi dlu penuh anak penyu dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul laa.. dulu ai pergi trip college pun penuh anak penyu. Tak musin kot.

      Delete
  2. Kesian lah tgk byk binatang yg dh endangered spy harimau belang kesian nanti generation Akan dtg x jumpa binatang2 ni

    ReplyDelete
  3. wah! comelnya anak2 penyu tu..

    ReplyDelete
  4. anak penyu sangat kiut dan comel..

    sayang tak boleh pelihara begitu sahaja

    ReplyDelete
  5. AlaĆ  rindunya cherating .. ritu ramai gila kat sini , so agak rimas nak stay lama2 hee

    ReplyDelete
  6. Penyu nyorok taknak bergambar sama. Bijak btul hehe.

    Best la tempat ni. Kat segari perak pun ada lebih kurang mcm ni

    ReplyDelete
  7. alahai cutenya anak-anak penyu tu..hihi

    ReplyDelete
  8. Sha sampai dah sini dengan anak-anak.. Best tempat nie.. Anak-anak Sha suka..

    ReplyDelete
  9. seronok bawa anak ke tempat2 macam ni...eh dah ke kuala gandah ye, dekat kampung akak tu

    ReplyDelete
  10. bagus juga bila bawa anak anak pi tempat mcm ni, dpt juga bagi anak anak pendedahan mengenai pentingnya nak jaga endangered species ni... kita yang mak mak ni pun dapat pendedahan sama....

    ReplyDelete