Enjoying a Fun Day at Hussin Fauzi Farm, Shah Alam with Unforgettable Animal Encounters
Tokli nak belanja anak menantu cucu mak eh semuala pergi tengok haiwan di Hussin Fauzi Farm. Hussin Fauzi farm terletak di dalam area Botanical Garden di Shah Alam. Fauzi farm adalah taman yang boleh tengok sambil berinterkasi dengan hampir semua haiwan haiwan ladang dan peliharaan yang ada di situ. Boleh beri makan dan sentuh sentuh belai. Harga tiket RM12/dewasa dan RM7/per kanak-kanak.

Sampai-sampai sahaja di tempat parking botanical garden, kena jalan hingga ke entrance botanical garden. Kalau jalan kaki nak ke Fauzi farm sangat jauh. Kena naik buggy car untuk ke Hussin Fauzi Farm. Kena bayar untuk naik buggy car.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Bila dah berada di Hussin Fauzi Farm, ada tiga kawasan yang boleh dilawati. Tiga kawasan ini adalah sangkar burung, kawasan haiwan ladang dan terakhir adalah kawasan haiwan reptilian. First kawasan yang kami lawati adalah sangkar burung yang ada pelbagai jenis burung dan haiwan peliharaan. Kawasan ini dekat dengan entrance. Haiwan yang ada adalah arnab, guinea pig, ikan, kura-kura dan pelbagai jenis burung. dan macam macam ada Boleh beri makan kepada haiwan-haiwan ini.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Kawasan kedua adalah kawasan Luaran & haiwan Besar yang ada pelbagai jenis haiwan ladang seperti kambing, rusa, keldai dan pelbagai lagi. Siap boleh memancing ikan di area ini. Tapi of course kena bayar kalau nak bawak balik ikan yang dapat dipancing.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Yang ketiga boleh tengok pelbagai jenis reptilia.
.jpeg)
.jpeg)
Paling having fun berinterikasi dengan haiwan adalah Dak Zafirah dan semua orang-orang besar. Dak Zafran macam biasa mudah bosan. Dak Zayden melalak sebab takut dengan haiwan yang nak dekat dengan dia. Huhu.
Amat menyeronokkan Hussin Fauzi Farm sebab boleh tahan banyak jenis species haiwan juga ada di situ. Bersih pun bersih. Boleh repeat datang tempat ini lagi kalau nak tempat yang boleh berinterikasi dengan banyak species haiwan jinak.
0 comments:
Post a Comment