Food hunting at Canning Dim Sum in Ipoh| A must-try dim sum restaurant for authentic local flavors

Lama dah teringin nak makan dimsum di restaurant yang orang kata salah satu tempat yang wajib untuk singgah makan di Ipoh. Restaurant ini adalah Canning Dim Sum.


Actually rindukan makan dimsum Hat Yai. Masa bercuti di HatYai beberapa tahun lepas zaman sebelum Cobid, pergi makan di dua restaurant dimsum. Dua-dua sedap. Tersangat banyak jenis Dim Sum boleh dipilih. Makanan selain dimsum pun banyak pilihan jugak. Minuman pun banyak sedap-sedap boleh di order. Paling penting tersangatlah murah. Makan one whole gediks family campur uwan tak sampai RM200 habis weyhh.

Nak repeat lagi jauh sangat Hat Yai nya. Passport pun dah expired. Tu nak pergi makan di Canning Dim Sum Ipoh tu. Ada member kata banyak je kedai dimsum halal di Ipoh dan murah jugak. Canning Dim Sum ni overated bebenar harganya. Tapi sebab tak sempat nak google kedai lain tu dan dah orang kata Canning Dim Sum salah satu tempat viral yang wajib cuba (pastu ada Halal), saya pergi lah jugak cuba makan di situ. Time saya pergi nak cuba makan di situ pun kebetulan memang ada overnight di Ipoh. Sebab ada kenduri. Purposely datang Ipoh dari KL untuk makan di Canning Dim Sum memang taklah. 



Sampai sahaja di restaurant Dim Sum, meja semua penuh. Ada pekerja yang bagi nombor dan boleh masuk duduk kat meja bila nombor yang diberi tu disebut oleh pekerja ni. Dalam 10-15 minit jugak kena tunggu sebelum nombor kami di disebut.

Dah masuk dan duduk di meja yang disediakan, waiters akan datang dan bawa pelbagai jenis dimsum di atas dulang. Kalau kita nak dimsum tu, dia akan letak dimsum yang kita pilih tu atas meja kita. Kalau taknak, dia akan bawa jenis lain pula. Ada beberapa kali dia datang bawa pelbagai pilihan dimsum. Gitulah cara makan di situ. Ambil dimsum yang kita nak sahaja.

Harganya hmm. Ikut menu macam ada harga marhaen hinggalah tak marhaen dimsumnya. Tapi dimsum yang bawa kepada kami semuanya tak marhaen. Tak tahulah kalau kami ni sampai time yang semua yang marhaen dah habis.


Ada menu bubur jugak. Adalah makanan yang boleh di order untuk tiga ketul. Kalau dimsum, bribe dengan ice cream magnum pun, tiga ketul akan berpendirian tetap untuk tidak telan dimsum. Terlalu eksotik makanan ni untuk tiga ketul. Huhuhu.



Rasanya ok. Akan repeat lagi ke tak makan di situ. Cukuplah sekali.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment