Cawan Kuey & Sajian, Pulau Pinang| Makanan Melayu Authentic yang Sedap & Suasana Kampung Menenangkan
Jalan jalan Penang last year ada nak jumpa salah satu tempat makan wajib cuba apabila berada di Penang. Restaurant ini bertemakan melayu tradisional authentic baik menu mahupun interior design. Tempat makan ini adalah Cawan Kuey yang terletak di Bagan Lepas, Penang.
.jpeg)
Time sampai kedai Cawan Kuey pada waktu lunch. Jadi order menu lunch iaitu nasi, kari jenahak, telur dadar, ikan keli goreng dan sayur pucuk paku. Kari ikan jenahak perghh kuahnya pekat, cukup rasa dan sangat sedap.Sayur yang kami order pun sedap.
.jpeg)
.jpeg)
Ada order pencuci mulut bubur pulut hitam dan coffle. Dua-dua sedap. Banyak lagi pilihan pencuci mulut yang boleh di order. Antaranya kek, kuih tradisional, breading pudding dan banyak lagi. Tak order sebab kenyang sangat. Makan nasi kan. Nak order freshly brewed coffee pun boleh jugak.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Kalau ada mai repeat makan di Cawan Kuey lagi, nak try dessert lain pulak, especially kek dia dengan kopi. Saya ni peminat dessert dan coffee. Apa-apa jenis dessert pun suka. Tak sempat try semua haritu sebab dah kenyang sangat. Overall memang puas hati makan dekat Cawan Kuey ni. Makanan sedap, suasana pun best dengan vibe kampung yang tenang.
0 comments:
Post a Comment