Uwan Enon Clans Tunaikan Ibadah Korban Dengan Sembelih Seekor Lembu di rumah Kampung Uwan

Raya Aidiladha tahun ini, anak beranak keluarga Uwan Enon iaitu keluarga saudara mara belah mak sepakat untuk menunaikan ibadah korban dengan korban seekor lembung dan ibadah korban lembu dilakukan di dalam kawasan rumah kampong uwan. Kawasan dalam rumah kampong uwan sangat luas. Berkeluasan 3 ekar kerana ada juga tanah kebun. Tu dapat nak buat pemyembelihan lembu. Siap dapat beri lembu makan rumput kebun sebab lembu dihantar awal dua tiga hari sebelum hari nak sembelih lembu ini.

Sembilan lembu ini dapat dilalukan pada raya haji yang kedua. Hari pertama raya haji slot tukang sembelihan penuh. Jadi pada hari raya pertama dimulakan dengan solat raya. Habis solat raya haji, duk makan juadah raya haji sahaja. Juadah raya haji pertama almost same like raya puasa iaitu nasi impit, kuah kacang, rendang, kuah lontong, lemanng dan pelbagai jenis juadah pencuci mulut.

Pada keesokkanya, sembelihan lembu start pada pukul 8:30pm. Selesai sembelih, diteruskan dengan lahap, potong dan agihan. Pada masa yang sama, ambil portion daging dengan persetujuan semua untuk dimasak untuk makan tengahhari. Juadah yang disediakan untuk makan tengahhari adalah masak lemak cili api, daging goreng kunyit, daging masak kicap dan sup tulang.




Semua lauk-pauk daging yang dimasak ini, dagingnya tersangatlah lembut. Tak liat langsung. Tak masak mengunankan pressure cooker. Rasanya ni daging korban yang paling lembut saya pernah makan. Hari kedua raya haji memang hanya makan lauk pauk daging korban sahaja.






Selesai sudah Ibadan korban Enon Clans tahun ini. Semoga ibadah korban ini dapat menguatkan tali silaturahim dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment