2D1N Stay at Aziqa Homestay Perlis, a Traditional Village Themed Homestay with Paddy Field Views and Private Pool Part 1
Masa penghujung cuti persekolahan untuk sambutan cuti raya aidilfitri baru ni, kami dan juga semua keluarga belah Kimchi pergi bercuti di Perlis. Asalnya bercuti di Perlis cum ikut family abang ipar hantar anaknya balik sekolah asrama penuh di Pendang. Tapi itulah terlampau syok bebenar bercuti di Perlis. Sebab ada Padang Besar tu. Hanya family abang ipar je yang hantar anaknya balik sekolah asrama. Saya dan Kimchi sambung shopping di Padang Besar.

Last sekali sampai Perlis masa mengandungkan dak Zayden. Pi Perlis pun sebab hadir konvo my youngest bro di Unimap. Pastu sekali jalan bercuti di Hatyai. Tu lah last sekali sampai Perlis.
Sebelum trip yang last sampai Perlis ni, pernah beberapa kali pi Padang Besar. Ada sampai sana sebab my SIL, Hazzy orang Kedah. So both majlis pertunangan dan majlis nikah my bro dan SIL akan pergi juga ke Padang Besar.
Both trip Padang Besar tu, seingat saya saya tak adalah rasa syok shopping sangat. Tak rasa macam akan nak repeat pergi situ lagi. Harga barang dijual di situ rasa macam kat KL pun dapat lebih kurang sama je. Tapi trip yang baru ni, rasa macam eh syoknye shopping Padang Besar ni. Tak cukuplah shopping satu hari je di situ.
Harga agak mampu milik. Barang pelbagai jenis dijual di situ. Esoknya repeat lagilah shopping Padang Besar. Tu tak dapat follow family abang ipar hantar anaknya balik sekolah asrama. Tak dapat nak kenal lagilah sekolah asrama anak buah.
Percutian di Perlis ni kami book Aziqa Homestay di Beseri, Perlis. Kami book whole unit homestay ni untuk family kami sahaja. Lagipun bilangan unit homestay ngam-ngam sama bilangan dengan bilangan family kami.
.jpeg)
Homestay ni mempunyai design konsep kampung tradisional yang dikelilingi dengan permandangan semula jadi dan sawah padi. Paling penting ada private pool. Kemudahan BBQ dan memasak pun disediakan. Harga agak reasonable. Satu unit homestay tak lebih RM170++. Harga setiap unit homestay berbeza sebab keluasaan dan facility setiap homestay tak sama.
.jpeg)
Selepas check in terus memasak dan BBQ. Disediakan untuk aktiviti malam iaitu sambutan hari jadi April babies dan sukaneka untuk kanak-kanak riang. Budak-budak pulak mandi kolam.
.jpeg)
Aktiviti malam start dengan sambutan hari jadi untuk April babies. Lepas tu kanak-kanak riang main beberapa games.
.jpeg)
.jpeg)
0 comments:
Post a Comment