Resepi Almond Bread Pudding dengan Sos Kastard Simple Dan Dijamin Sedap


Haritu ada buat pudding roti caramel yang mudah sebab  hampir semua bahan yang terlibat just campur sekali dan blend. Bahan yang tak dicampur sekali dalam blender pun just yang buat caramel iaitu gula sahaja. Resepinya boleh baca dengan klik SINI



Ni pudding roti dengan sos kastard pun mudah jugak nak buat. Sama jugak prosesnya iaitu blend campur hamper semua bahan. Yang tak dicampur sekali hanyalah roti dan bahan nak buat sos kastard.
Saya memang suka recipe yang almost semua bahan yang terlibat boleh campur dan hanya boleh guna blend. Taka da step renyah-renyah seperti nak guna mixer dan etc. Nak tahu cara mudah buat almond bread pudding dan sos kastard, boleh tengok di bawah.

1. 8-10 keping roti
2. 2 cup susu segar
3. 4 tbsp gula
4. 2 biji telur
5. 1 tsp esen vanilla
6. 2 tbsp marjerin
7. 1 tin susu cair2
8. 2 tbsp gula
9. 2 tbsp tepung kastard

Cara-cara

1. Carik semua roti kepada 4 keping dan susun dalam bekas pudding/Loyang
2. Masukkan bahan 2-6 dalam blender dan blend sehingga sebati.
3. Tuang adunan dari blender ke atas roti
4. Kalau ada kismis dan almond, boleh ditabur di atas roti..
5. Masukkan ke dalam oven bersuhu 180°C selama 20 minit. Keluarkan dari oven apabila roti sudah keperangan dan tidak lembap.
6. Semasa menunggu pudding roti masak, sediakan sos kastard. Masukkan bahan 7-9 ke dalam periuk. Letak di atas dapur gas.
7. Kacau dahulu sehingga tepung larut.
8. Hidupkan api. Kacau sehingga pekat.
9. Bila pekat, tutup api.

 Puding roti dan sos kastard

Buat masa untuk buka puasa, cepat jea habis pudding roti sebab sangat sedap. Lagi-lagi dimakan sengan sos kastard. Dengan ada kismis dan almond lagi. Perghh. Macam makan pudding roti di dessert buffet hotel 5 star sangat. 

Kenalah dengan tajuk entri ni iaitu mudah dan dijamin sedap. Kalau lepas ni ada roti tak termakan dan hamper expired, confirm akan repeat buat pudding roti ni lagi.

Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. Terima kasih berkongsi resipi ini, boleh Naim try untuk hari raya nanti. hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, IQ tak berkesempatan lagi nak buat.

    ReplyDelete
  3. wow..saya pun suka bread puding yang versi bakar macam ni, mkn pulak dgn sos kastard, memang ngam!

    ReplyDelete
  4. Sedappp! Before this saya buat dengan choc chip je. Lepas ni nak try lah dengan kismis and almond :)

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dan menyelerakan gitu... tengok bahan-bahannya pun agak mudah untuk didapati... nanti nak cubalah... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete