Main-main air Di Bukit Gambang Water Park

Bercuti di Pahang dengan keluarga mertua tak lama dahulu, pilih untuk bermalam di Arabian Bay Resort yang terletak di Bukit Gambang Resort. Boleh baca entri mengenai bermalam di Arabian Bay Resort dengan klik SINI . Arabian bay adalah salah satu resort yang terdapat di Bukit Gambang yang membolehkan pengunjung untuk menginap, sebelum bercuti di taman tema yang juga terdapat di Bukit Gambang iaitu waterpark dan safari park.



Kami pun samalah menginap di Arabian Bay sebab nak bercuti di waterpark dan juga Safari Park. Bawak budak-budak bercuti kan. Kenalah bawak ke tempat yang mereka suka iaitu main-main air di Gambang waterpark.



Harga tiket RM32/dewasa dan RM22/kanak-kanak. Di Gambang waterpark ni mempraktikkan sistem cashless. Maknanya apa-apa yang melibatkan pembayaran di Gambang Waterpark seperti sewa tube, beli makanan, etc, tidak perlu mengunakan wang tunai fizikal. Hanya mengunakan wristband yang telah ditopup nilai tunai. Nak topup wristband perlu dilakukan di kaunter.



Di sini pun untuk swimming attire kurang strict. So, kalau pakai tshirt biasa dan seluar track still dibenarkan mandi pool di situ. Tapi kurang strict pun jangan pakai pakaian yang tak boleh diterima dek akal pulak. Maksudnya macam mengenakan baju kurung, baju melayu dan seumpamanya. Tak sesuai kot nak pakaian sebegitu rupa untuk mandi-manda. Haruslah pakai pakaian yang sesuai untuk main air dan basah-basah. Makanan luar of course tak lepas nak dibawa masuk. Mana-mana theme park ada rule ni.

Penguin Island

Masuk sahaja Gambang Waterpark, terus ke Penguin Island. Di island ni ada tempat mandi untuk kanak-kanak yang dipanggil Aqua land. Di Aqua Land lah ni paling menyeronokkan lah untuk budak-budak sebab dah macam playground taman yang terletak di tengah-tengah kolan renang. Ada slide, pistol air, tunnel dan macam-macam lagi.



Satu lagi yang paling menarik di Aqualand, ada tangki air berbentuk ikan yang mulut ternganga ke atas. Air akan terisi dalam mulut ikan nih. Bila dah penuh, ikan ni akan terbalik dan memuntahkan air ke bawah. Nak rasa hempasan air ni, rasa-rasa air dalam ikan dah nak penuh, cepat-cepat duduk di bawah ikan ni. Time kena hempasan air rasa nak terjatuh dan tenggelam dalam air pun ada. Dah habis muntah, ikan kembali ke posisi awal balik dan berulang-ulang jadi benda yang sama.

 Kimchi tengah tunggu air masuk ke dalam mulut ikan sehingga penuh

Kimchi dihempas oleh muntahan ikan

Lebih banyak spend masa di penguin island especially di aqua land sebab budak-budak lebih suka main di sini. Satu lagi lebih selamat. Nak monitor pergerakkan budak-budak pun senang. Berdekatan dengan aqua land ada gazebo. Boleh pantau budak-budak dari gazebo sahaja.


 Deretan gazebo menghadap aqualand untuk beristirehat dan letak barang.

Nanny tengah rehat-rehat bersama-sama dengan Dak Zafirah di gazebo.

Saya dan Kimchi sempat melarikan diri sekejap untuk main family raft ride terpanjang. Nak naik ride ni kena naik ke tempat tinggi. Nasib baik tak perlu mengangkut pelampung dari bawah. Dah disediakan pelampung di tempat nak naik slide. Slide ni perghh, bila dah start mengelungsur sangat melibatkan adrenalin rush. Rasa nak terbalik pun ada.

 Di man made beach @ Coco Island.

Dah sampai bawah, terus ke aqua play balik. Join Dak Zafran main air.  Banyak lagi tempat lain yang menarik untuk main air seperti Coco Beach, 6 lanes racer dan etc. Tapi budak-budak dah lebih seronok main di Aqua land. Kitaorang pun dah sampai lewat di waterpark ni. Sebelum tu ada pergi Safari Park. Tak sempat nak cover semua tempat.

 Dak Zafran sangat having fun di penguin island. Taknak gerak ke tempat l

Kalau ada pergi ke Gambang Waterpark akan try pergi main air di tempat-tempat yang tak sempat pergi ni. Tak apalah tak dapat merasai semua tempat. Saya pun dapat merasa naik salah satu slide yang extreme. Cukup syarat pergi waterpark dah tu. Yang paling penting budak-budak seronok.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

12 comments:

  1. baru tau tentang tempat ni, since cuti thn ni dibatalkan, mungkin nak jenguk2 juga tempat ni ek. mcm menarik sgt tu.

    ReplyDelete
  2. Memang best! Dan memnag tak sempat kalau dah ke Safari tuh, Hahah.. besorr kan.... Saya pun nanti ingat nak gi lagi....sebab... haritu hp kawna masuk air, tak berapa nak menikmati

    ReplyDelete
  3. tak pernah pergi lagi dekat sini, nanti nak try jugak lah. Comelnya Zafirah!

    ReplyDelete
  4. dulu Ummi pernah sekolah matrkulisi disana.klu ikot kan dekat sgt dah.. masa ummi blaja baru nak buat tempat ni..huhuh. org ckp harga xmahal dan srnkk ke sana. xde rezeki ummi. salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  5. Nampak best tapi bukan tema semua kena tutup sebab PKP?

    ReplyDelete
  6. It was wondering if I could use this write-up on my other website, I will link it back to your website though.Great Thanks. Pools

    ReplyDelete
  7. This is a truly good site post. Not too many people would actually, the way you just did. I am really impressed that there is so much information about this subject that have been uncovered and you’ve done your best, with so much class. If wanted to know more about green smoke reviews, than by all means come in and check our stuff. แอร์ ราคาถูก

    ReplyDelete
  8. Water launchers You made such an interesting piece to read, giving every subject enlightenment for us to gain knowledge. Thanks for sharing the such information with us to read this...

    ReplyDelete
  9. I’ve been surfing online more than 5 hours today, yet I never found any interesting article like yours without a doubt. It’s pretty worth enough for me. Thanks... Ovalbecken

    ReplyDelete
  10. This park has been inspired by the Thai architecture and is truly appealing to the eye. Whether you wish to experience the thrills of merely relax, the Mai Thai River will cater to all your travel desires. ac repair rowlett

    ReplyDelete
  11. Surfing is one of the most exciting beach sports. Many people wish to experience the thrill of surfing on various beaches during their vacations. Generally, surfing can be done using a surfboard. online skate shops

    ReplyDelete