Secret Santa Party With TG R&D Former Team

Pada akhir tahun lepas, former team bersepakat nak buat exchange gift event sesama former team. Nama lain event ini adalah Secret Santa Party. 
Ada orang agak alergik dengan perkataan Santa. Katanya dah macam sambut krismas pun ada. Actually team kitaorang ni ada juga penganut Kristian. Kiranya kitaorang ni memeriahkan lagi hari krismas yang disambut oleh rakan-rakan penganut Kristian ni. Lebih kurang memenuhi jemputan open house anjuran agama lain. Nak merapatkan ukhwah sesame manusia. Itu sahaja. Tak lebih dari itu.



So event ini just ada makan-makan dan ada exchange gift. Sebelum event ini, ada cabutan nama dilakukan sesama team. Nama yang dapat adalah nama yang akan menerima hadiah oleh pencabut nama. Hadiah yang perlu disediakan tak kurang RM20.
Ada game di sebalik exchange gift ni. Pada hari event, semua hadiah dikumpulkan di satu tempat. Memang penerima tidak tahu siapa pemberi hadiahnya. Semasa MC memberikan hadiah kepada penerima, penerima kena teka siapa yang memberi. Kalau teka salah, kena sembur dengan snow spray. Kalau jwab betul yang pemberi kena spray.

 
Saya teka salah, kenalah spray. Secret santa saya adalah Bos Tazul. Saya teka Fadhirul atau Winnie. Bos bagi hadiah set had cream brand Body Shop. Thanks Boss. Suka sangat dengan hadiah ni.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. wah bestnya. teringat zaman kuliah di Uni dulu merasa tukar2 gift camni ^_^

    ReplyDelete
  2. Best aktiviti macam nie.. siap ada hukuman ye kalau salah/betul tekaannya..

    ReplyDelete