All About Godiks Family’s Hatyai Tour│ Visit Songkhla Old Town & Samila Beach

Actually bandar Songkla ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Banyak tempat peninggalah bersejarah. Tapi disebabkan sampai bandar Songkla dah tengahhari, hanya pergi certain tempat sahaja.

Bandar Songkla sangat menarik dan menenangkan sebab lokasinya di tepi pantai. Berangin jea tempat ni. Tapi tak bestnya ada kes kena bom di area pantai.



Sampai-sampai Songkla, makan dahulu di restoren muslim di tepi pantai. Lepas tu solat di Masjid Songkla. Lepas dah selesai solat, driver bawak jalan-jalan di Old Town Songkla.




Mula-mula bergambar di tengah bandar Old Town Songkla. Ada port bergambar di situ.
Lepas tu melawat Baan Nakhon Nai yang dahulunya rumah agam kepunyaan orang kaya.




Sekarang dijadikan museum yang mempamerkan barangan antik, perigi lama, pasu-pasu besar, gambar-gambar lama terutamanya gambar Thai King dahulu. Di tingkat atas pula ada lantai kaca yang boleh tengok  bawah. Sangat menarikla tempat ni. Kerja bergambar sahajalah di situ.



Lepas tu, pergi ke Red Rice Mill iaitu tempat pameran perkembangan ekonomi beras pada zaman dahulu. Dipanggil red sebab bangunan nya berwarna merah.



Destinasi terakhir adalah Samila Beach. Samilla Beach terkenal dengan ada statue ikan duyung di pantai. Sampai-sampai sahaja Samilla Beach, terus ke patung ni untuk bergambar.




Dah puas bergambar, bersantai sekejap. Lepas tu gerak balik sebab dah nak maghrib. Di pantai ni ada juga deretan kedai jual souvenir. Didi belila sehelai skirt. Lepas tu gerak balik ke Hatyai.

Continue reading next story by clicking ALL ABOUT GODIKS FAMILY’S HATYAI TOUR│ HAD LAST BREAKFAST AT DIM SUM ZAINA RESTAURANT, HATYAI

Share this:

CONVERSATION

1 comments: