The birth of Aqil Zafran Story: Part 2
Saya terlelap terjaga sehinggalah pagi Isnin. Mak dan abah pun sampai di hospital. Mak belikan roti canai untuk saya mengisi perut. Memang lapar. Yeala, malam tadi pun just makan roti canai jugak kat kedai mamak. Mahu tak lapar pagi ni.
Pada pukul 8 pagi, doktor Niraj datang memeriksa bukaan saya. Dah 4cm. Doc. Niraj adalah adik kepada Doktor Rafi. Doktor Rafi yang melakukan D&C terhadap saya tahun lepas. Mereka merupakan owner Hospital Umra dan sama-sama menguruskan hospital tersebut. Doktor Niraj suggest kepada saya untuk mengunakan epidural lepas tengok muka saya asyik berkerut duk menahan sakit. Tetapi saya refuse untuk mengunakan epidural sebab takut akan ada side effect selepas bersalin nanti iaitu sakit belakang. Doktor Niraj memberitahu itu just assumption orang sahaja. Patient yang complaint sakit belakang selepas mengunakan epidural sebenarnya mereka ni memang dah ada sakit belakang. Samala dengan assumption baby tak boleh guna air-con. Padahal baby-baby Eskimo tak ada hal pun membesar dalam cuaca yang sejuk. Lagi gemuk compare dengan budak Malaysia adala. Dalam hati saya cakap boleh pulak doktor ni buat perbandingan macam tu.
Doktor Niraj memberi option lain untuk reduce sakit iaitu injection, yang boleh reduce sakit sehingga 60%. Satu lagi option, topeng gas yang boleh reduce sehingga 30%. Kalau epidural sampai 90%, yang boleh bersalin sambil tersenyum. Bak kata doktor tu la. Saya pilih injection.
Saya masuk ke labour room pada pukul 10pagi. Badan saya dipasang dengan alat CGT untuk monitor heartbeat baby. Then, nurse masukkan ubat induce ke dalam badan saya. Nurse bagitau yang saya akan bertambah sakit dan bersalin selepas 8jam. Ya Allah, lambat lagi nak boleh bersalin. Bila ubat induce nak masuk ke dalam system saya, sakit contraction makin bertambah. Terus saya request pain killer injection
Time menahan sakit contration, yang saya ingat saya ada terlelap. Pegang tangan Kimchi sambil mulut melalut-lalut mintak epidural & caesorian. Kimchi tak layan apa yang saya request tu sebab dia tahu saya taknak semua tu. Saya cuma nak kelahiran normal. Saya just melalut sebab takut sakit. Kimchi pujuk suruh bertahan. Doktor Sumitra yang cantik pun ada melawat saya dan menolong untuk membuka laluan.
Nurse ada puji saya sebab proses bersalin saya sangat baik. Saya jenis senyap menahan sakit. Compare dengan patient bilik sebelah asyik terjerit-jerit sahaja. Saya just senyum bila nurse puji macamtu. Dalam hati duk pikir bilala baby nak keluar.
Pada pukul 3 petang, bukaan saya sudah 8cm. Doktor Sumitra suruh saya push. Bila saya push, baby still tak mahu keluar. Memandangkan heat beat baby still normal, dia suruh tunggu lagi 2jam.
Sejam kemudian, saya rasa dah tak boleh tahan dah. Terus saya mengerang kesakitan. Nurse check bukaan saya dan dia memberitahu dah boleh nampak kepala baby. Nurse suruh kimchi tengok. Tapi tak tahula kimchi tahu ke tak apa yang dia tengok. Nurse suruh saya push tapi baby suka lagi duduk dalam perut mamanya.
Last-last, Doktor Niraj pun datang masuk ke labour room saya, dengan pakaian sukan. Agaknya dia patutnya tak bertugas tapi kena panggil untuk buat delivery. Dia masuk terus prepare peralatan vacuum. Saya diberitahu kepala baby mendongak sedikit. Sebab itu baby susah nak keluar bila saya push secara normal.
Apabila baby dikeluarkan mengunakan vacuum, akhirnya lahirnya seorang putera saya dan Kimchi pada pukul 5:07 petang seberat 3.43kg. Apabila baby diletakkan di atas dada saya, terus rasa happy. Hilang segala rasa sakit. Kimchi terus azan di telinganya. Saya terasa pelik kenapa baby saya tak menangis macam baby lain. Terus saya tanya doktor. Then, ada pediatric datang check baby kami dan dia mengatakan baby dalam condition yang baik. Respon pun baik. Baby tak menangis sebab side effect daripada pain killer yang saya ambik.
Apabila saya dihantar ke bilik saya, terus saya makan nasi goreng yang dibawa oleh mak. Begitulah cerita pengalaman bersalin saya.
Apabila saya dihantar ke bilik saya, terus saya makan nasi goreng yang dibawa oleh mak. Begitulah cerita pengalaman bersalin saya.
Our prince..
Those who came visit me (ayahhar's family, ayahchik & Cikna)
Tokli & his first grandson
With his Papa
It's me, lying on the bed
Saya terlelap terjaga sehinggalah pagi Isnin. Mak dan abah pun sampai di hospital. Mak belikan roti canai untuk saya mengisi perut. Memang ...