Lunch Di Restoran berkonsepkan Tradisional Melayu dan Dikelilingi Landskap Hijau di The Lemuni, Janda Baik

The Lemuni adalah restaurant yang menghidangkan makanan tradisional melayu. Exterior design berkonsepkan perkampungan bangsawan melayu zaman dahulu kala dan dikelilingi landskap hijau dan gunung-ganang. Cantik tempat ni. Tak pernah sampai ke restaurant yang berkonsepkan sebegini. 

 


Sampai ke The Lemuni sebab wife salah seorang kawan kastam Kimchi mengusulkan di group Wasap wife kastam untuk sambut birthday husbandnya di the Lemuni. Geng bini kastam ada empat orang dan semua kerja private. Kami jadi rapat sebab kerap jumpa. Bila kerap jumpa, kerap jugaklah arrange bercuti dan hang out dengan keluarga masing-masing jugak.

 


 
Wife yang ajak lunch di The Lemuni Namanya Yana. Yana kata dah lama teringin nak pergi makan The Lemuni. Dan nak makan di The Lemuni kena book dahulu. Tak dibenarkan walk in. Kalau walk in jugak, tak adalah crew situ tak bagi masuk. Boleh masuk dan ambil gambar jeala. Tapi kalau panggil waiter nya untuk ambil order, dia tak akan buat.

 


Menu yang boleh dinikmati di The Lemuni boleh dipilih sama ada nak breakfast, lunch atau makan petang. Dua-dua menu berkonsepkan tradisional. Kami pilih lunch sebab kalau breakfast tak confident dapat sampai waktu breakfast menu iaitu  pukul 8am hingga 11am. The Lemuni ni kat Janda Baik. Sejam lebih jugak perjalanan dari KL. So nak selamat pilih untuk makan menu lunch.

 



Menu lunch ada empat jenis set yang boleh dipilih  iaitu Set Utara (main menu kari daging), Set Selatan (asam pedas) dan set pantai timur (patin tempoyak).Yang membezakan setiap set ni adalah main menu. Menu lain sama iaitu nasi putih, ayam berlado/goreng kunyit, lemak sayur, kerabu ulam, daging & rebung gulai kawah, ulam-ulaman dan nasi putih.



Kami of courselah pilih pantai timur sebab ada favourite lauk Kimchi iaitu patin tempoyak. Harga set kami pilih ni adalah RM90 untuk 2 pax. Then tambah menu sup gear box untuk tiga ketul. Actually harga sama untuk semua set.


 

My komen untuk rasa semua menu set kami pilih ni, sedap. Taka da yang slack. Yang bestnya cara menu dihidangkan kepada yang berkonsepkan melayu tradisional dan dikelilingi dengan senibina tempat ini yang berkonsepkan melayu bangsawan dahulu kala dan juga landskap hijau. Yang ni yang mahal. 


 


Makan di The Lemuni perut dapat diisi dengan hidangan yang sedap dan mata dan otak dapat healing kerana permandangan yang cantik di The Lemuni ni. Lepas makan, memang kami semua bergambat jeala di setiap port cantik di restaurant The Lemuni ni.


 












Honestly cakap tak rugi makan di The Lemuni sebab tempatnya cantik sangat dan menu pun sedap-sedap. Tapi kalau nak repeat lagi makan di sini, kena fikir banyak kali lah sebab not cheap. Apapun sangat suka makan di tempat yang juga bagi priority pada exterior dan enterior design kedainya.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: