Makan Pasta Sedap di Pasta Panas, Setia Alam

 

Rasa nak makan pasta sedap dan portion agak boleh tahan banyak, boleh lah try makan di Pasta Panas, Setia Alam.

Saya order Salted Egg Chicken Pasta. Sangat cukup rasa dan sedap. Pasta sauce pun banyak, creamy dan rasa sangat nice. Pasta pun lembut. Tak soggy.Harganya campur air mineral dalam RM25.


 

Portion pun banyak. Saya siap tapau bawak balik sebab tak dapat habiskan. Portion banyak sangat.

Member member ofis order mac and cheese. Diorang pun kata sedap yang diaorang ni. Kalau tak sebab covid, saya dah try rasa dah member punya ni.

 Dah kenyang,apalagi bergambola..haha

Boleh repeat makan di situ lagi sebab sedap. Cuma saya tak akan selalu kot makan di sutu sebab harganya boleh tahan. Tapi kalau ada makan di situ, saya nak order yang lain pulak. Maybe Mac & Cheese.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Pasta panas memang sedap! Saya makan kat bangsar sebelum pkp. Order guna grab food rasa dia tetap sedap hehe

    ReplyDelete