Bawak Tiga Ketul Dapatkan Vitamin D di Pantai Remis

Haritu betul-betul lepas kerajaan announce PKP lifted, bawaklah tiga ketul keluar jalan-jalan.  Nak bagi tiga ketul dapat vitamin D dengan buat aktiviti di luar. Salah satu source vitamin D adalah cahaya matahari.


Vitamin D penting tau untuk tumbesaran tulang kanak-kanak ni. Kang terbantut pulak sebab lama naw lockdown dalam rumah. Huhu.


 

Tapi tak bawak pun ke tempat ramai orang. Sebab kes tinggi lagi. Saya masa tu pulak belum complete vaksin. So just bawa pi Pantai Remis. Tengok permandagan laut sambil makan McD. McD pun beli drive tru. Makan pun dalam kereta je. 

Tak berani lagi weygh nak berkelah di luar walaupun tak ramai pun masa tu di Pantai Remis. Tapi still bagi dua ketul keluar kereta sekejap untuk merasai cahaya matahari dan menghirup udara di pantai remis.

Nampak Mcd tu. makan dalam kereta je. sebab still tak berani keluar lagi
 

Tapi budak-budak seronok jea walaupu tak keluar sangat. Bawak diaorang pusing-pusing dalam kereta, pun dah cukup excited untuk diaorang. Penangan lama sangat duduk dalam rumah. 

Tak apa. Dah berakhir dah pun lockdown. Sebab peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia dah nak menghampiri 90%. InsyaAllah, kita akan dapat menjalani kehidupan seperti dahulu tapi dengan norma baharu. Nanti bukan setakat picnic di pantai, theme park pun pergi jugak.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. bdk2 kemain happy dpt kuar walaupon duk dlm kete je..
    seronok dorg.. lama sgt berkurung xelok jgk..
    sian bdk2..
    bestnya dpt tgk pantai kan..

    ReplyDelete
  2. Budak- budak kan..diorang dah tepu duduk kat rumah...elok la di bawa keluar sekejap...cuma kita as a parent kena pantau la pergerakkan dan utamakan SOP

    ReplyDelete