Yes…. I’m officially certified first aider. Segala penat jerih, usaha dan pengorbanan saya untuk dapatkan title certified first aider, akhirnya telah membuahkan hasil. Saya dah setanding dan sama hebat dan (banyakla pulak dan) sama level dengan doctor hospital bertauliah. Pekejadah!!! Ke situ pulak imaginasinya. First Aider jea pun. Kelayakan first aider pun setakat tiga tahun. Lepas tu dah expired and tak valid lagi. Kena attend training lagi untuk renew. Haha..
belajar guna AED
Tapi kan…kalau korang nak tahu, tugas first aider dikatakan sama penting dengan doctor. Sebabnya kan first aider lah sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawa mangsa, mencegah kecederaan menjadi lebih serius dan menyediakan pertolongan sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Ermmm..macam banyaklah pulak tanggungjawab first aider ni. Tiba-tiba rasa pressure iolsss. Dahlah saya seorang jea certified first aider untuk ALH ni.
CPR..bengkak aiii mata...
Patutnya tiga orang termasuklah saya. Sebab requirements dari DOSH, setiap 20 orang employees(termasuklah workers) kena ada seorang first aider. Since ALH employees ada dalam 30 lebih, kenalah ada at least 2 first aider. Maybe HR dapat harga pakej or etc, HR hantarlah 3 orang staff untuk attend first aid training. Bila masing-masing dah lulus training, tengok-tengok first aider tinggal saya seorang jea. Lagi 2 orang dah cabut sebelum sempat dapat certificate pun. Siot tul korang ni. Korang bagi saya pikul beban ni sorang-sorang yea.
Guna kain anduh
Kena tukar baju buruk..katanya nanti ada kes kecemasan yang live.
Sebelum ni banyak kali dah attend first aid training ni. Even zaman sekolah dulu, saya join PBSM(Persatuan Bulan Sabit Merah). So, tahulah CPR, cara rawatan dan sebagainya. Tapi saya tak berapa take serius dengan first aid ni. Walaupun banyak kali attend training macamni, saya terus lupa cara nak praktikkan.
Time ni group saya jadi mangsa. akan ada satu group first aider untuk merawat kitaorang.. dan group ketiga untuk create chaos.
Sampailah bila kecemasan betul-betul terjadi depan mata saya dan terjadi kepada keluarga rapat saya sendiri ( I repeat again keluarga rapat saya), time tu barulah terasa menyesal kenapalah saya ni dah lupa cara nak deal dengan perkara sebegitu. Nasib baiklah, tak ada benda-benda yang buruk yang terjadi. Alhamdulillah.
Time ni group saya adalah pengacau. kacau first aider buat keje.
Bila dah diberi peluang sekali lagi untuk attend first aid training, terasa Allah SWT beri peluang kali terakhir supaya saya tak akan ambil sambil lewa lagi. Memang akan ingat cara nak buat CPR, rawatan renjatan, rawatan heart attack dan sebagainya sampai bila-bila. Dah taknak terjadi lagi yang saya freezing bila emergency berlaku depan mata saya.
Nampak macam real injury kan
Nak qualified as first aider kenalah attend dia punya lecture, hands-on training & kena lulus exam. Exam siap ada yang bertulis dan juga hands on. Alhamdulillah saya lulus training ni. Sebab tu kalau tengok semua gambar saya di training, semua mata saya ada bengkak(ada eyebag). Malam exam, saya stay up untuk study tau(ok..mohon jangan percaya)
Group kepochi sibuk selpik dengan mangsa.
Minah ni aku tengah sakit, ko keje duk bergambar jea..kata victim tue...ahaks
Di Singapore, setiap penduduk di sana semuanya ada attend first aid training tau. Supaya diaorang tahu apa action yang nak kena ambil jika ada berlaku kecemasan sebelum tibanya ambulans or etc. Tak silap kerajaan Singapore depalah yang provide. Info ni saya tahu daripada training ni jugaklah. Hope di Malaysia pun akan buat macam tuelah. Tapi rasanya even kucing dah tumbuh tanduk pun, belum tentu lagi training sebegini akan disediakan kepada setiap penduduk di Malaysia. Tak apala tak payahlah tunggu si polan si polan provide this kind of training kepada rakyat jelatanya. Internet kan ado. Study through internet pun boleh. Hope setiap orang ada knowledge of first aid supaya emergency lane tidak lagi disalahgunakan. Erkkk takde kaitan. Tapi tak apalah. Emergency lane ni pun satu peringatan jugak. Hehe
Abis udah traning 2 hari
Yes…. I’m officially certified first aider. Segala penat jerih, usaha dan pengorbanan saya untuk dapatkan title certified first aider,...