My First Young Brother Just Entered His Married Life: Wedding Reception At Dewan Tunku Anum, Jitra Kedah (Part 2)
Ready untuk majlis persandingan
Dalam pukul 1 dah berada di Dewan Tunku Anum. Bila semua dah berkumpul, terus berarak ikut belakang pengantin sampai masuk dewan. Dah duduk, terus makan dahulu. Lauk yang dihidangkan sangat special iaitu ada gulai kambing, gulai ayam, sambal ikan masin & banyak lagi. Apam balik pun ada jugak.
Dah makan, sesi bergambar dengan pengantin. Tapi disebabkan Zafran. Yes again Zafran.. rasanya tiap-tiap entri mesti ada cerita fasa sel-sel otak berkembang Zafran ni. Hehe. Taknak lah cerita in details pasal peel Zafran masa tu. Implikasinya saya just dapat bergambar dengan godiks sahaja. Sebabnya terpaksa beredar dari dewan dengan awalnya. Itupun Mus tak ada. Time inilah kawan-kawan Unimap nya datang.
Mood Zafran tak berapa nak cantik dah.. Nap time dia dah kena kacau..
Makan dulu
Kimchi melahap apam balik
Gambar dengan pengantin di pelamin yang saya ada cuma saya sekeluarga & dengan godiks tanpa Mus. Yang ramai-ramai & so on, semuanya tak ada. huhu. Agak rasa ralat jugaklah di situ. Tapi nak buat macammana. Nothing can do when tantrum strikes. Just fikir positif. Budak banyak ragam ni banyak akal. Banyak akal ni memang genius tahap maksim , di dunia & juga di akhirat. Aaminn jela kan weyhh apa saya baru sebut ni. Kuikuikui.
Mus takdok sebab membernya datang
Tantrum sudah tiba...kuikuikui
Mus dah free, kitaorang pulak dah chan chin chow..huhu
Zainun's Clan with pengantin
Hope belah PJ nanti dapat bergambar sefamili dengan pengantin di pelamin. Tapi tak mengharap jugaklah sebab busy kan sebagai tuan rumah. Anyway to my young first brother, selamat menempuhi alam perkahwinan. Semoga kau & Hazie bahagia hingga ke Jannah. Lepas ni welcome to the bapak-bapak club pulak. hehe..
Back reading entry Part 1 by clicking My First Young Brother Just Entered His Married Life: Solemnization At Masjid Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah (Part 1)
P/S: Sharpness gambar berbeza sebab dari kamera berbeza. Kalau cantik tu dari kamera dslr diambil oleh pro photographer la tue. hehe
Ready untuk majlis persandingan Dalam pukul 1 dah berada di Dewan Tunku Anum. Bila semua dah berkumpul, terus berarak ikut belakang ...