Raya Aidilfitri 2024 Yang Penuh Debaran & Tak Jadi Delay

Raya tahun 2024 almost delay sehari sebab negara Arab raya lewat sehari dari tarikh jangkaan. Since dalam sejarah Malaysia akan raya lewat sehari dari raya negara Arab, jadi Malaysia pun dijangka raya lewat sehari. Kalau ikut calendar kuda akan raya Rabu. Kalau delay akan raya Khamis. 

Jabatan Agama Islam tengok punya tengok anak bulan pada hari Selasa. Rakyat Malaysia pula especially Muslim penuh debaran tunggu pengumuman raya. Tepat pukul 8malam semua terpacak depan TV. Sekaliii.. Jabatan Agama Islam nampak jugak anak bulan muncul. Tak ada raya delay. Esoknya iaitu hari Rabu semua Muslim diharamkan puasa kerana akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Actually ok je Raya delay ke tak delay ke.  Still akan sambut Raya jugak. Tapi geng dapur iaitu me, mimi SIL dan diketuai oleh my biras perempuan sulong, Kak Kirah memang dah siap masak rendang ayamla. Sebab bila hari last puasa kan, akan masak siap siap juadah raya dalam portion banyak supaya dapat untuk dimakan untuk berbuka jugak.Time nak masak petang Rabu tu pening jugak. Takut kalau betul raya delay sehari, kalau masak rendang ayam tak dapatlah nak buat untuk juadah first raya. Sama ada akan rendang ayam akan habis ataupun dah tak fresh. Malas fikir banyak pun pasal geng dapur masak je rendang ayam. Ayah mertua pula beli lemang. Dan nasib baik tak raya delay pun.

Lepas berbuka, geng dapur masak lagi daging masak hitam, kuah kacang, lontong, sambal ikan bilis dan nasi impit.untuk tambah lagi juadah untuk sambutan raya puasa pertama. Ayah mertua pula ada beli lemang. Banyak sedikit juadah raya tahun ini. Semangat lebih sedikit sebab raya tak delay. Hehe.


Pada pagi raya pertama, geng lelaki bersiap dan pergi solat raya. Tapi hanya ayah mertua je dapat solat. Yang lain mampu pandang luar masjid je sebab ramai sangat-sangat datang solat sampai ada yang solat luar. Jadi balik semula rumah. Ayah mertua pun dapat solat sebab pergi solat ke masjid lain.

Semua dah mengenakan busana raya dan cantik-cantik hensem hensem, dimulakan dengan sesi bersalaman dan bermaafan. Bagi duit raya juga. Bergambar of course tak tinggal. Lepas tu ziarah kubur mak.









Balik dari kubur mak, buat aktiviti wajib bila Raya Taiping iaitu OOTD Raya. Sebabnya Taiping ada banyak sangat port yang cantik untuk photoshoot. Rugi tak bergambar kat Taiping. Dengan dah melawa dah lagi. Kami photohoot di Taiping Lake Garden dan salah satu bangunan bersejarah di Taiping. 



Dah siap bergambar, haus pulak. Pi pekenaq teh ais di kedai mamak. Lepastu balik. 

Raya pertama tahun ini kami decide tak pergi beraya mana-mana. Duduk rumah dan tunggu tetamu beraya rumah. Raya tahun sudah-sudah, kami akan beraya rumah saudara-mara belah arwah mertua. Tapi tahun ini just duduk rumah je. Lagipun keluarga maklang belah ayah mertua akan datang beraya rumah ayah mertua pada raya pertama almost setiap tahun. Jadi kami standby je di rumah tunggu diaorang datang beraya.

Sampai je keluarga maklang dan dah siap makan, ,malam raya pertama dimeriahkan dan ditutup dengan letupan mercun bateri 49 shots. Lepas keluarga maklang balik, kami pergi lagi minum kedai mamak. Semua nak pekenaq teh ais dan nak makan makanan selain juadah raya. 

Sebelum akhiri penulisan posting ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, kepada semua yang menyambut raya terutamanya yang mengenali saya.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Selamat hari raya sis..Sy ke kubur ptg a day b4 raya & pagi raya ke 2 sblm blk KL =)

    ReplyDelete