2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 2

Dua tiga minit sebelum 430pm dah berada dalam surf beach. Ready nak kena hentam dengan man made wave. Tepat pukul 430pm terus keluar ombak. Boleh tahan jugak kuatnya pukulan ombak ni. Jauh kami terhanyut lepas kena hentaman ombak. Main ombak sehinggalah waktu tamat man made wave iaitu pukul 530pm.



Semua ride akan ditutup pukul 6pm. Lepas main ombak terus kejar masa nak main ride. Siap naik tram ke Jungle Fury ride. Jungle Fury Ride adalah ride yang tube nya boleh ramai sekali naik iaitu up to 4 orang dan ketinggian serendah Zafirah pun boleh lepas untuk main ride ni. Tapi Dak Zayden tak bolehlah. Nasib baik time main ride ni dia tengah tidur dan Yana tolong jagakan. 

tengah queue untuk naik Jungle Fury ride


Naik ride ni menang sangat melibatkan adrenalin rush la. Suppose sempat naik main dua kali sebelum ditutup. Tapi time tengah beratur untuk main kali kedua hujan turun. Bila hujan turun auto semua ride kena tutup. Takpela at least sempat main.

Dari pukul 6 hingga pukul 7 lebih tak silap hujan lebat. Starded kat Harbour Deck sepanjang hujan turun. Tak boleh pergi ke mana-mana even toilet pun sebab semuanya jauh dari harbour Deck. Almost taknak mandi di di situ dan ajak Kimchi redah hujan balik rumah. Dah tak tahu nak buat apa bila kena sidai lama sangat. Plan asal nak stay sampai waktu tutup iaitu pukul 11pm. Sebab malam ada night park. Banyak aktiviti dan ride boleh main untuk night park.

Kimchi suruh siap mandi di situ jugak. Sebab takut tiga ketul demam kalau nak tunggu mandi di rumah. Tunggu punya tunggu dalam pukul 7 lebih hujan berhenti. Terus ke toilet untuk mandi. Dah siap mandi solat maghrib. 

Bila dah siap mandi dan solat, hujan pun dah berhenti apalagi pergi ke Night Parklah. Budak-budak pun kembali bertenaga balik dan ready untuk have fun di Night Park.




Banyak aktiviti dan ride jugak di Night Park ni. Ada pertunjukkan yang best boleh ditengok. Almost ride yang dibuka untuk Night Park kitaorang naik iaitu Wagon Wheel, carousel, Apache Pots, Grand Canyon River Rapid, Vultures Ride dan Butch Cassidy’s Trail.





Ada pergi Red Indian Village untuk tengok pertunjukkan yang ada dibuat di situ iaitu ada story telling by red Indian chief dan one of villager, face painting dan paling best tengok tarian red Indian.







Paling kemuncak adalah fire show oleh ramai dancers. Syok weyhh tengok fire show. Ada scene ala-ala api keluar dari mulut macam naga. Hehe. 



Tinggal beberapa minit sebelum waktu tutup kami sampai tempat keluar. Betul-betul fully utilize Sunway Lagoon punya operating hour. Masuk sebelum time dibuka dan keluar betul-betul time nak tutup.




Biarpun penat sebab dari pagi sampai ke hampir tengah malam berada di Sunway Lagoon tapi tak terasa penat pun sebab having fun sangat. Kids pun tak meragam. Yeala pergi ke tempat diaorang suka kan. Cuba ajak spend lama macamni di tempat mak pak suka macam JPO tu ke, Mitsui etc. Baru sampai parking dah start tunjuk ketidaksukaan. Haha. 



Apapun, main air di Sunway lagoon memang guarantee dapat pengalaman yang menyeronokkan lah sebab semua yang ada di situ best. Just tang toilet dapat yang slack ckit. Huhhh malas nak ingat balik sebab huduh sangat pengalaman yang dapat. Hopefully tambahlah lagi toilet & shower supaya beri keselesaan yang lebih kepada pengunjung bercuti di situ. Dan surau jugak perbesarkan. Overall semuanya ok.

Back reading Part 1 by clicking  2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 1

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment