Had Me Time by Solo Breakfast at Ngopi & Toast, Saujana Utama

Kalau zaman tok kaduk dahulu kala, solo breakfast/dining atau orang kita panggil makan sensorang nampak macam kesunyiaan sangat. Ada orang kata loser pun ada. Ntah apa reason saya pun tak tau. Sekarang solo dining ni dah perkara yang biasa dah.

Saya pun banyak kali solo dining. Paling kerap masa mengandungkan Dak Zayden sebab kerja nak telan sushi je. Mula-mula mengidam sushi, ada best friend yang teman makan sekali. Office pulak dekat dengan shopping mall yang ada Sushi King. Asal teringin je ajak bestfriend lunch di sushi King.


Tapi bila dah kerap sangat nak makan sushi sebab dari awal hingga ke hujung pregnancy kerja nak telan sushi je, pergilah makan sensorang. Kesian pulak kat best friend nak kena lunch makan makanan Jepun je. Kat Sushi King pulak memang ada sediakan tempat untuk solo diner. Since dah kerap solo dining masa mengandungkan Dak Zayden, dah tak rasa kekok untuk solo dining. 

Baru ni saya teringin sangat nak makan English breakfast dan minum freshly brewed coffee di cafe. Tapi café yang ada menghidangkan breakfast meal macamni dan yang harga marhaen untuk saya, yang saya tahu jauh-jauh. Rupa-rupanya ada café macamni kat dalam Saujana weyh. Nama café ni ialah Ngopi & Toast.

Saya apalagi pergi solo breakfast di Ngopi & Toast pada hari saya tak bekerja. Tak pergi time cuti sebab crowded. Pergi solo breakfast untuk me time.

Di café ni tak ada sediakan tempat untuk solo diner macam di Sushi King. Tapi saya duduk je di 2 seater table. Untuk breakfast, saya order Sunshine Plate iaitu English breakfast ke American tak sure mana yang betul. Yang confirm bukan melayu breakfast. Hehe. Untuk drink saya order iced latte. Order taufufah Cream Mitai sebab ramai review dessert ni sangat sedap. Habis dalam RM41.

Sunshine Plate


taufufah Cream Mitai 

Iced latte

Sunshine plate ada scramble egg, hotdog, potato wedges, toast and kaya dan salad. Kalau ikutkan boleh je nak buat sendiri kat rumah sebab semuanya senang nak prepare dan ada yang frozen punya. Tapi biasalah vibe makan di café tak samala kan compare di rumah. Ice lattenya sedap. Tak rasa susu langsung. Taufufah Cream Mitai sedap dan manis. Orang ada kencing manis jangan makan. Huhu.

Tertunai jugak keinginan saya nak makan English breakfast di café asthetic. Dapat jugak me time. Boleh repeat makan di sini lagi sebab semua yang saya order sedap dan kena dengan tekak saya.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment