Night Walk in Kuala Lumpur With Family In Law

Family ipar dan mertua yang duduk Taiping datang bercuti di Kuala Lumpur pada cuti hujung tahun lepas selama empat hari tiga malam tak silap. Alang-alang cuti sekolah kan biarlah banyak hari sedikit bercuti di KL supaya banyak tempat boleh pergi.


Punyalah nak fully utilize hari berada di KL. Sampai ke malam pun ada keluar jalan-jalan. Kami pergi night walk in Kuala Lumpur. Padahal siangnya kami ada pergi Farm Fresh. Bila dah nama jalan-jalan akan tenaga supaya gagah untuk berjalan. Haha.



Night walk in Kuala Lumpur kami start dengan dinner Nasi Lemak di Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru. Saya order nasi lemak ayam dan begedil. Sedap jugak nasi lemak especially sambalnya.




Selesai je isi perut dengan nasi lemak, family mertua nak pergi Saloma Bridge. Yang sedihnya bila sampai je Saloma Bridge, tak boleh masuk pulak sebab dah tutup. Rupanya baru tahu ada limit masa untuk masuk Saloma Bridge iaitu sampai pukul 12pm je. Then buka balik pukul 5am. Tutup sekejap atas factor keselamatan la kot.

Since tak dapat pergi Saloma Bridge, pergi jalan-jalan di sekitar area berdekatan di situ. Jalan kedepan sedikit berdekatan dengan Restoran Nasi Kandar Pelita, ada pertunjukkan kostum BumbleBee. Besar betul kostumnya. Kalau nak selfie dengan transformer, harganya RM10. Boleh selfie sampai puas. Memang kami bayarlah untuk berselfie dengan karakter Transformer ni. Dapat bergambar beramai-ramai kan. Boleh simpan sebagai kenangan.









Sebelum balik, singgah bergambar di hadapan KLCC. Ikutkan belum lah nak balik lagi selepas OOTD di KLCC. Tapi hujan renyai-renyai turun. Sebelum lebat, kenalah gerak balik. Nak ke kereta, boleh tahan jauh nak kena berjalan.Itulah aktiviti malam kami di Kuala Lumpur yang tak kenal erti penat ni. Bali sebab hujan turun je. Ahaks

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment