Picnic lunch and Healing at Lenggeng Forest Ecopark, Negeri Sembilan

Gediks family kalau ada pegi bercuti Bersama-sama, masa otw ke tempat percutian abah akan cari tempat yang boleh singgah untuk picnic lunch. Siap cari di internet tu. Tempatnya ada sungai, hutan rekreasi dan macam-macam. As long ada port yang boleh duduk untuk picnic lunch. Of course makanan untuk lunch akan prepare atau beli siap-siap sebelum gerak.

Macam percutian gediks family Bersama-sama Enon Clan di Mantin, cari-cari punya tempat yang boleh singgah masa otw ke homestay adalah Lenggeng Forest Ecopark, Negeri Sembilan. Di Lenggeng Forest Park ada sungai dan juga air terjun. Tapi tiada dikunjungi oleh orang ramai. Kemungkinan sungai dan air terjun tidak selamat untuk dimandi.



Angin di situ pun agak kuat. Sangat kuat sehingga nak terbanglah tikar kami nak bentang untuk picnic lunch. Oh ya port kami untuk picnic lunch di wakaf. Ye ada sebuah wakaf di situ. Seingat saya ada satu wakaf jeala. Even ada wakaf, still kena bentang tikar sebab lantai kotor. 

Untuk lunch, Geng PJ prepare kari ayam dan ikan goreng. Sangat enjoyla lunch masakan ma di situ sambal menikmati keindahan pohon-pohon hijau di sekeliling dan merasai angin yang agak kuat dan dingin.

picnic lunch di wakaf. ni je gambar lunch di wakaf yang sempat diambil


Dah siap makan, pergi ke sungai dan air terjun untuk healing dan OOTD jugak. Laluan nak ke sungai agak licin dan berlumpur sebab baru lepas hujan. Angin sangat kuat sampai boleh patahkan ranting pokok situlah. No wonder bukan tempat percutian Ecopark ni. Agak bahaya untuk orang ramai especially untuk kanak-kanak.




di belakang mak abah ada warning sign tempat tersebut


Selepas dah bergambar terus gerak ke tempat percutian kami. Lenggeng Forest Ecopark ni tempat yang boleh kalau nak singgah sekejap. Tapi tak boleh spend lama-lama takut jadi perkara tak diingini. Kat situ pun siap ada warning sign yang tempat tu tak sesuai untuk buat aktiviti percutian

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment