Puas Hati Makan Di Mr. Tuk Tuk, Setia City Mall

 Bila setiap kali pergi Setia City Mall, selalu jea Nampak restaurant Tuk Tuk. Tuk Tuk ni adalah restaurant yang menghidangkan makanan Thai. Asal menu berkonsepkan makanan Thai, mindset akan ingat akan lebih kurang macam Boat Noddle. Makanan Thai yang rate mid kayangan. So tak terasalah nak makan di Mr. Tuk Tuk.

Baru-baru ni member office ajak lunch di Mr. Tuk Tuk, SCM. Makan dengan member-member saya okay je makan di restaurant macamni. Sebab tak selalu kan dapat makan sama-sama dengan member ofis. Lagi-lagi dah tak sama workstation macam dulu.  

Time nak pilih menu, tengok rate semua makanan as expected semua dalam RM18 ke atas. Drink pulak RM10 ke atas. Makan di restaurant saya order Iced Thai Green Tea. Tapi kalau order dengan makanan, mau total RM30 ke atas. Thai mango salad Nampak sedap jugak.

Set SM2

Nak belanja berpada-pada order salah satu set istimewa. Semua set istimewa ada sekali dengan drink. Harganya dalam RM19/set. Saya order SM2 sebab ada Thai Mango Salad. Then ada Pandan Chicke, Crispy Fish Fillet with Thai Sauce and rice.

Iced Thai Green Tea yang sedap

Untuk drink mula-mula ingat fix. Tak boleh pilih yang kita nak. Rupanya boleh pilih any drink di menu. Saya apalagi order drink yang suka order kalua makan di restaurant Thai iaitu Iced Thai Green Tea. Agak best jugak makan di Mr. Tuk Tuk . Sebab order set yang harganya bagi saya tak adalah kayangan sangat tapi dapat order any drink yang ada di menu. Makanan dan Iced Thai Green Tea pun sedap.

Muka ada gumbira sebab puas hati makan di Mr. Tuk Tuk

Habis dalam RM22.90. Ada kena bayar tax jugak. Kalau ada nak makan di Mr. Tuk Tuk memang repeat order menu yang sama sebab semua makanan nya sedap dan Iced Thai Green Tea pun sedap. Harga pun ok untuk saya.

Share this:

CONVERSATION

2 comments: