Rentas Tasik Dengan Naik Bot Untuk Ke Animal Island, Amverton Cove

Sangat unik nak pergi Animal Island yang lokasinya di Amverton Cove Golf and Resort Island, Pulau Carey ni. Nak pergi Animal Island di Pulau Carey ni kena rentas tasik dengan naik bot. Pernah sampai sekali ke tempat berkonsepkan sebegini iaitu Bukit Merah. Tapi yang Bukit Merah tu Pulau Orang Utan. So just ada Orang Utan. Yang Animal Island ni lebih kurang petting zoo.


Rate boat ride adalah RM30/pax.  Trip ni dengan keluarga kawan-kawan kastam Kimi. Actually ride yang kami kena naik untuk ke animal island ni nak kata boat tak ada rupa boat sangat. Macam rakit pun ada. Tapi rakit yang ada tempat duduk dan enjin. Dah of course ada fencinglah. Boat la kan kalau dah ada semua ni. Rakit mana ada semua ni. Nak bergerak pun kena mendayung. Jenuhla kan kalau naik betul-betul punya rakit. Dengan ada bawak ramai kids lagi.


Selain boat ride dan tiket masuk animal island, dengan rate tu jugak turut diberikan air mineral dan juga makanan haiwan. Makanan haiwan untuk diberikan kepada haiwan yang ada di animal island ni. Yup selain tengok haiwan, kita pun boleh interaksi dengan haiwan. Konsepnya lebih kurang petting zoo kan.

Naik boat dalam tak sampai lima minit untuk sampai animal island. Luas jugak animal island ni sebab boleh menempatkan banyak kandang haiwan. Kandang yang paling monopoli island ni ialah monyet. Tapi diberi peringatan oleh staff di situ yang tak boleh beri makanan kepada monyet dalam kandang ni sebab monyet-monyetnya sangat agresif. Dah ada kes pengunjung kanak-kanak yang kena tarik rambut ke tangan ketika kanak-kanak tersebut terberada dekat dengan kandang monyet ni.

Staff situ beritahu pernah cadangkan monyet ni tak perlu dah ada di animal island. Yeala tak perlu pergi tempat berbayar pun boleh jumpa monyet. Pastu agresif lagi. Tapi bosnya sayang kot nak buang monyet ni.

Ok enough pasal monyet. Terpanjang cerita pasal monyet pulak. Ada haiwan yang telah menyebabkan kami semua berlari lintang pukang iaitu kambing. Yela time kami tengah tengok haiwan tiba-tiba sekumpulan kambing serbu kami semua. Kambing ni tak sure species apa. Bulunya putih dan bersih. Kami kena serbu sebab expect akan dapat makanan dari kami la kot. Kami semua pun memang tengah pegang makanan haiwan yang dapat pakej sekali dengan harga nak masuk Animal Island ni. Kambing ni pun dah terrutin asal ada pengunjung mesti kena serbu sebab confirm ada bawa makanan untuk diaorang.

kambing yang menyebabkan kami semua lari lintang pukan dan terpaksa berlindung dalam kandang. Pak pak ja yang berada duk dekat dengan kambing ni. Haha

Jadi bila macam ko nak kena kejar dengan sekumpulan kambing, memang menyebabkan chaos kepada kami semua. Semua takut and lari especially mak-mak and kids. Yang kids ada yang menangis. Takutlah kot ingat nak kena serang. Dengan kambing-kambing ni ada tanduk lagi. Tapi tanduk kambing-kambing ni bengkok ke dalam. So bukan tanduk yang jenis membahayakanlah. 

Dah semua takut dengan kambing, semua pi masuk kandang arnab. Last-last beri makanan kat kambing ni dari dalam kandang arnab. Yang kambing luar kandang, pengunjung dalam arnab. Memang lawaklah time ni.

Haa pengunjung dalam kandang, kambing di luar kandang. Haha


Dah lama sedikit, akhirnya kambing-kambing pulang ke kandang. Tuannya suruh balik kot bila tengok kami semua tak berani nak keluar kandang selagi kambing-kambing ni ada. Kambing dah balik, barulah kami keluar.

Haiwan lain yang ada di situ adalah ular, guinea pig, porcupine, arnab dan banyaklah. Semua haiwan ni kitab oleh nak sentuh. Even nak pegang ular pun boleh. Boleh nak letak kat badan lagi.








Di Animal Island ni memang boleh dapat buat aktiviti interaksi dengan haiwan yang menyeronokkan.  Walaupun ada insiden nangis dan lari-lari haha, tapi at the end tetap rasa seronok. Dengan dapat beri kids baik boat lagi. Nak healing di Animal Island ni pun boleh sebab dikelilingi tasik dan permandangan pohon-pohon hijau yang cantik. Walaupun rate yang bukanlah tahap marhaen tapi berbaloi bayar sebab best pergi Animal Island ni.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Anak2 tentu suka kalau pegi tempat macam ni

    ReplyDelete
  2. Sesuai untuk anak-anak. Ala petting Zoo gayanya. Boleh ajar mengenal haiwan.

    ReplyDelete