Dinner At Kay's Steak & Lobster, Liberty Arc, Ampang For Gedik's Family Reunion

Tomahawk dan Lobster. Dua makanan ni yang orang kata yang orang kata bukan kaleng-kaleng orang yang mampu makan. Tapi my bro yang ada rezeki lebih belanja Gediks Family belanja makan dua makanan ni weyh..Di fine dining restaurant pulak tu. Katanya dah lama tak belanja kami semua sejak dia stranded di Singapore. Tu yang all out belanja kami tu. Aloo rindu kamu semua letew. Kuikuikui.


Farid belanja kami semua makan di Kay Lobster. Sebelum pi restaurant, Farid suruh pilih menu in advance supaya bila di restaurant nanti boleh terus order. Bila tengok menu di internet, mak aiii harganya setiap menu level CEO Megah Holdings betul.

 



So, suruh saya tak tahu nak order macam mana. Serah kat mak  abah ajeala yang pilih. Dan Mus. Discuss punya discuss, pilih satu menu Black Angus Tomahawk dan dua jenis menu Lobster iaitu Grilled Lobster with Spicy Coriander dan Lobster Thermidor.



 
Sebab rasa macam tak cukup Lobster tu sebab isinya macam tak boleh mengenyangkan perut, tambah lagi order Kay's Wagyu Cheeseburger dan Rosemary & Sea Salt Fries. 



 
Black Angus Tomahawk. Daging ini yang available  cuma 1.9 kilograms, so kami decide untuk order juga. Menariknya hidangan ini, chef tampil ke meja kami untuk mempertonton aksi memotong daging ala-ala salt bae yang popular itu. Daging ini sangat sedap dan mouth-watering cuma badan akan panas apabila consume daging seperti ini. Rasa yang sedap serta kuah yang pelbagai berjaya menambat hati kami dan ratingnya 9/10. Dagingnya yang agak tebal menyebabkan beberapa bahagian daging masih mempunyai darah dan pelayang tersebut kata kami boleh request untuk bakar sekali lagi. Akan tetapi, kami tidak teringat-ingat dading ini kerana kami tidak boleh move on akan Lobster itu. (Kredit to my bro Mus for this honest review)


 


Lobster Thermidor. Memang terbaik rasa dia, Tarot memang bagi 10/10 dan lobster ini memang must-try at least sekali seumur hidup. Dia punya sedap tu sampai masuk dalam mimpi malah Bapa Tarot plan untuk makan di sini untuk makan Lobster sekali lagi. Cuma isinya tidak banyak dan perlu guna alatan disediakan untuk mecungkil setiap isi di pelosok badan lobster itu. Sangat sedap, manis dan juicy. Harga mengikut gram dan memang boleh dikatakan harga kayangan tetapi sangat berbaloi. Agak susah untuk kenyang jika makan lobster semata-mata. (Kredit to my bro Mus for this honest review)
Grilled Lobster with Spicy Coriander. 

Juga sangat sedap cuma yang ini pedas sedikit daripada yang Lobster Thermidor. (Kredit to my bro Mus for this honest review)


 
Rosemary & Sea Salt Fries


Apa yang Mus review, samalah juga apa yang saya rasa. Tu just copy paste je tu. Nak baca full enti my bro Mus, boleh klik SINI.


Ada order satu slice Mango cheesecake jugak. Yang makan kat situ, most of them celebrate birthday yang ada request waiter bawa birthday cake & light up candle sekali. Dak Zafirah macam teringin pun nak jadi orang yang diraikan. So, requestlah jugak untuk Dak Zafirah. Dak Zafirah bukan main happy bila waiter tiba-tiba datang bawa kek dan nyanyikan lagu birthday. Kami semua pun join nyanyi jugak. Ikutkan birthday Dak Zafirah lambat lagi. Tapi tak apalah. We always tend to make the non make sense thing just to make our kids happy. 

 

Zafirah tiup lilin

My the only princess yang banyak akal

So harga bil mencecah RM2k++. Make sense la kan. Proses nak dapatkan daging berkualiti tinggi bukan senang. Lembu tu  dibesarkan dengan prosedur dan standardnya tersendiri. Diberi makanan yang berkualiti tinggi jugak. Dah sampai tempoh tertentu baru boleh disembelih. 



 
Once in a lifetime memang kena rasa makan makanan macamni. Dah pernah rasa sekali cukuplah. Bagi peminat tomahawk wahyu dan seangkatan dengannya dan ada duit yang tak akan habis, boleh repeat banyak kali. Rakyat marhaen macam kami, rasa sekali cukup. Kami pun maybe bukan peminat daging premium ni, so dari segi rasa pun  still tak ada rasa macam nak repeat lagi. Tapi overall truly give unforgettable and memorable eating lobster and tomahawk experience to us. Especially tang harga. Kuikuikui.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Harga memang begitu la kan standard, sekali seumur hidup seronok dapat merasa

    ReplyDelete
  2. Using the KBC Lottery Winner 2022 is a good way to see if you've won. The KBC lottery draws twice a month, and the lucky numbers are drawn on the first and fifteenth ...

    ReplyDelete
  3. According to KBC, the top KBC Lottery Winner 2022 include Mr. Muneer Dankyara, Mr. Sarwar Garoo, and Mr. Arslan Gandi. The most popular KBC winners ...

    ReplyDelete