An Ipoh's Concubine Lane Tour with Family Story

 Golongan yang suka berootd especially gen z lah memang wajiblah pergi Ipoh’s Concubine Lane. Di Ipoh’s Concubine Lane ni ada banyak port yang menarik dan cantik untuk bergambar atau dengan kata lain untuk Gen Z untuk berootd lah. 

 



Lama dah tempat ni viral tapi saya baru tahun ni sampai Ipoh’s Concubine Lane. Al maklumlah bukan Gen Z kan. Pastu saya pulak bukan jenis follow rapat ketat-ketat benda-benda yang trending nih.



Ipoh’s Concubine Lane nama macam kontreversi sangat sebab concubine tu kan maksudnya pelacur atau perempuan simpanan. Memang ikut sejarah Ipoh’s Concubine Lane ni asalnya yang pada 1890 an adalah tempat orang kaya Cina tempat menyimpan gundik. So bila dah tempat oranf kaya berhuhahuha dengan gundiknya, of courselah cantik. Sebab tu bangunan area ni seni binanya sangat cantik.


 


Sekarang huhahuha itu dah takde tapi dihidupkan semula menjadi Kawasan pasar kraf dan café Cina. Kafe melayu pun ada tapi tak banyak. Main aktiviti  di Concubine lane adalah bergambarlah. Sebab seni bina bangunan lama menjadikan banyak port untuk berootd. 


 
Saya sekeluarga dan keluarga Ena sampai-sampai jalan-jalan di setiap Lorong Ipoh’s Concubine Lane. Mana port cantik menarik, memang akan ambil gambarlah di port tu. Ada jugak masuk kedai souveniar. Kanak-kanak riang tak lepaskan peluanglah mengepow makpaknya. Nak belonlah, Nak telur mainan lah.


 
Dah habis jalan-jalan, isi perut di Rose Hills café. Jumpalah café melayu punya. Kat café ni, signature menu nya adalah laksa . Sukalah ada laksa s

ebab memang favourite nya. Then ada jugak kopi dan freshly baked bahulu. Semua sedap.
Tempat  yang menariklah Ipoh’s Concubine Lane ni untuk jalan-jalan dan bergambar. Tiga ketul pun suka jugak pergi tempat ni sebab boleh mengepow. 




 

Cuma hopefully lebih banyaklah cafe yang owner Islam ada di Concubine’s Lane. Banyak pilihan tempat makan sedikit.kalau tak memang Rose Hill ajela tempat yang boleh isi perut. Apapun, memang tidak dinafikan Ipoh Concubine Lane tempat yang menarik untuk pergi dan bergambar kerana sini bina bangunan bersejarah di situ.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Suka laksa juga. Kiranya memang untuk bergambar sahajalah ya tempat tu

    ReplyDelete
  2. Memang tempt ootdla ni,sebab cantik

    ReplyDelete