Cool Weekend Getaways At Villa Permai Homestay, Sungai Besar With Geng Legend For PreRamadhan Celebration

Seminggu sebelum umat menyambut bulan Ramadhan, Geng Legend bersepekat untuk buat gathering terakhir sempena nak menyambut bulan Ramadhan. Dengan kata lain sambut prermadhan. Since baru sahaja bercuti Bersama--sama di Pangkor dan sambutan Pre Ramadhan hanya tinggal seminggu sebelum masuk bulan Ramadhan, plan gathering di tempat yang dekat-dekat sahaja iaitu di Sungai Besar.

 


Kenapa pilih untuk gathering di Sungai Besar? Apa yang special dengan Sungai Besar? Macam saya cakap tadi Sungai Besar tak jauh dari rumah-rumah semua geng legend. Then Sungai Besar dekat dengan Sekinchan. Yang of course ada jugak permandangan sawah padi yang menyenangkan jiwa dan raga. Villa yang book untuk preramadhan Geng Legend mengadap sawah padi sebab betul-betul bersebelahan dengan sawah padi. Villa ini adalah Villa Permai, Sungai Besar.


Tapi bila dah sampai Villa ni, rupa-rupanya sawah padi yang suppose jadi salah satu daya tarikan villa ni belum ditanam lagi. Kalau masa on the way yang lalu Sekinchan dahulu, sawah padi dah menghijau. Ada penduduk di situ beritahu belum musim tanam padi lagi di Sungai Besar.  Lain pulak musim padi di Sekinchan dan Sungai Besar. Padahal bersebelahn jea kedua-dua daerah ni. 

 


Tapi tak apa, Matlamat utama adalah untuk gathering dengan kesemua geng legend. Tak dapat menghadap sawah padi menghijau tak apa. Villa ni still ada tarikan lain iaitu ada swimming pool. Ni yang penting sebab kesemua anak-anak geng legend sangat suka mandi swimming pool. Swimming pool villa ini boleh tahan jugak besarnya.

 




Villa ni harganya RM200/night. Facility untuk kegunaan gathering agak banyak jugak disediakan iaitu peralatan memasak dan BBQ, dapur, penapis air dan etc. Untuk bilik, ada dua katil queen, TV, iron (most essesntial item for women), bilik air agak luas, almari, kettle. Basic facility itu adalah.






Untuk aktivti pre Ramadhan, sampai-sampai semua anak-anak mandi di swimming pool dahulu. Sementara tunggu semua sampai. Sampai ke petang jugak  tunggu semua complete ada. Actually family iolsla yang terakhir sampai. Ahaks. Bila dah semua sampai terus start dengan aktiviti sukaneka. 

 Sukaneka dibahagikan mengikut kategori pasangan, mak-mak, pak-pak, kanak-kanak BBNU (yang besar-besar) dan kanak-kanak ribena(yang kecik-kecik). Memang happening giler time main sukaneka ni. Especially game pasanganlan. Game sambut belon dan bini kena tata rias  dan mengayakan tudung kat suami. Yang tercantik akan menang. Game sambut belon dapat first. Tapi yang tata rias Kimchi bukan dapat last. Ini palinng penting. Menunjukkan tata rias iols cukup makan untuk tak dapat yang terakhir. Haha.

 

 
Game mengayakan tudung kat suami

 

Muka kimchi redha tau tak akan dapat top 3. Eh helo at least bukan last dan jugak bukan second last tau.haha

Game kaum bapak; Masukkan benang dalam jarum


Tapi hebat semua kaum bapak. almost semua berjaya masukkan benang dalam jarum dalam masa singkat



Dah habis sukaneka, bersiap untuk aktivit BBQ pada waktu malam. Menu BBQ ada seafood dan juga makanan darat iaitu ayam, kambing, udang dan seafood. Hotdog dan sate pun ada jugak.Tak ada masak nasi since ramai ada bawak mee goreng dan jugak pasta. So malam, aktiviti makan sampai buntat. Habis dietku.





 


Esoknya just akitviti santai-santai spend nak bagi anak-anak spend masa mandi di kolam renang. Selain itu kat situ boleh jugak nak buat aktiviti memancing sebab ada tempat memancing dan alatan pancing ada jugak disediakan oleh villa owner. Sebelum semua tak bangun tidur, mak-mak menjalankan misi mencari bahan-bahan masak untuk breakfast di kedai terdekat dengan menaiki basikal. Haa basikal pun ada jugak tu. Ada banyak pulak tu. Dapatlah mak-mak naik basikal sebab anak-anak tak bangun lagi. Kalau idok menag depalah conquer semua basikal.


Mengayuh mak-mak demi mencari bahan-bahan masak seperti bawang besar, bawang  bawang putih cili padi dan ikan bilis.  Bahan ni je taka da untuk nak buat nasi goreng. Yang lain ada seperti telur, garam etc. Even lauk pun ada. Lebihan dari BBQ malam tadi.


Kayuh punya kayuh tak jumpa kedai yang bukak. Then jumpa kedai makan. Singgah untuk tanya lokasi kedai runcit berdekatan. Rupanya kedai yang berdekatan tutup. Yang buka macam kena pi jauh lagi. .Nasib agak baik, owner kedai offer beli bahan masak dari dia jea. Baih hati makchik ni. Tak perlu nak kayuh jauh lagi.

 


Dah beli, balik semula villa untuk memasak. Tapi pak-pak yang memasak. Agaknya tengok mak-mak sungguh-sunguh mencari bahan masak denga berbasikal.  So, pak-pak take over tugas memasak. Mak-mak dapat buat tugas lain sambil membawang. Then santai-santai sampai zohor. Selepas zohor baru checkout. Budak-budak mandi kolam sampai tengaghhari memang habis terbakar kulit diaorang. Habis jadi gelap muka. Sakan naw mandi kolam. Sebelum check out, akvititi bergambar dan ada buat video tiktok jugak yang tak tahan tu. Haha. 


pak-pak in action
 


Love this staycation dengan geng legend. Villa pun best. Suka dengan surrounding di Villa Permai. Lokasi yang di tengah-tengah kawasan perkampungan. Ada tali air untuk aktiviti memancing. Kalau sawah padi yang dekat villa ni tengah menghijau lagi best. Tapi belum tanam pulak. Tak ada rezeki menghadap sawah padi menghijau.


memancing di tali air
Facilities basic almost semua disediakan. Cuma tempat memasak macam tak berapa maintain. Ceiling area memasak agak kotor.Dan peralatan memasak pun agak berhabuk masak mula-mula nak guna. Kenalah basuh sebelum guna. Then kami facing dua kali terputus bekalan air di bilik kami. Owner feedback first time jadi macamni. Agaknya bukan rezeki Kamilah sebab first time jadi tu kena time kitaorang stay. Ada pengunjung yang sama check in dengan kami beritahu sampai pergi surau ke masjid untuk mandi. Time tak ada air tu time budak-budak nak mandi selepas mandi kolam. Badan penuh dengan chlorin. Pening jugaklah fikir cara untuk nak bagi budak-budak ni mandi untuk bersihkan badan dari chlorin.



 


Tapi apapun sangat having fun staycation dengan geng legend untuk menyambut pre Ramadhan. Lagi erat ikatan ukhwah geng legend, Next trip geng legend lepas raya pulak.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: