Optom Bangi│Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

 Kita sekarang ni tak boleh nak elak melihat di peranti elektronik lebih sejam tanpa henti. Sebabnya alat elektronik iaitu gajet adalah alat yang beri banyak fungsi kepada kita seperti untuk komunikasi, dapatkan maklumat dan sebagainya. Sebab itulah ramai mengalami masalah mata akibat dari pengunaan gajet.


Kalau ada rasa mengalami masalah mata, kenalah cepat-cepat dapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Tempat yang bagi saya yang terbaik boleh menawarkan perkhidmatan ini adalah Optom Bangi.


Optom Bangi Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

OPTOM Bangi adalah kedai cermin mata yang bukan sekadar menjual mata. Tapi juga menawarkan perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan klinikal atau lebih tepatnya merupakan Klinik Optometri Primer bagi pemeriksaan kesihatan dan terapi penglihatan. Rasa ada masalah mata atau penglihatan atau tidak, dua-dua keadaan boleh sahaja datang sahaja ke Optom Bangi. 


Di Optom Bangi, pelangan akan diperiksa  ada mempunyai masalah tentang mata dan penglihatan mereka. Jika ada masalah, akan diperiksa sejauh manakah sebenarnya masalah penglihatan yang mereka hadapi. Dari pemeriksaan inilah, pakar akan memberi penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan permasalahan mata atau penglihatan yang dihidapi oleh pelanggan.


Jika beli kaca mata di Optom Bangi, akan dapat kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk kepala pelanggan. Sebabnya Optom Bangi mempunyai satu aplikasi khas, yang akan digunakan untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan muka bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan bersesuaian dengan bentuk kacamata yang akan dipilih. Para pelanggan juga boleh buat pilihan jenis-jenis bingkai yang diminati mengikut kesesuaian bajet. Di OPTOM Eyecare, terdapat 4 julat harga yang ditawarkan iaitu Harga Pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium.

Optom Bangi Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

 


Selain Klinik Optometri Primer, Optom Bangi juga menawarkan banyak lagi perkhidmatan dan servis yang lain. Antaranya adalah:


1.    Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak
Pemeriksaan mata kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda masalah penglihatan seperti kerap menggosok mata, juling,kepala senget dan pelbagai lagi masalah yang lain
2.    Klinik Kanta Lekap
Klinik ini menawarkan sesi penerangan pemakaian kanta lekap dan ujian kesihatan mata sebelum, semasa dan selepas memakai kanta lekap.
3.    Ujian Juling dan Penglihatan Binokular
Ujian dilakukan untuk pengesanan juling dan masalah penglihatan binokular yang menyebabkan sakit kepala, mata letih dan sebagainya .
4.    Saringan Penyakit Mata
Saringan penyakit mata seperti selaput pada kanta (katarak), kesan penyakit kencing manis dan darah tinggi pada mata dan sebagainya.
Terbaik kan semua servis dan perkhidmatan yang ada di Optom Bangi. Kalau nak  maklumat lanjut mengenai Optom Bangi, boleh layari:

Website: www.optom.com.my
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangiAlamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093


 

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Menarik. Saya semenjak adik bekerja di kedai spek dah berbelas tahun, semuanya saya dapatkan dari dia. Sesekali sahaja saya beli di kawasan berdekatan kalau dah emergency.

    ReplyDelete