Makan soto sedap di Warung Soto Pasir Penambang & Cuci Mata di Sawah Padi Sekinchan

Happy new year my fellow blog readers. Hopefully belum terlewat la nak wish tahun lepas walau dah hampir dua minggu berlalu. Maafkanla tuanmu, penselduabee. Bertapa sangat sukar nak dapat rentak aktif berblogging seperti dahulu kala. Minat menulis sentiasa ada. Tapi nak dapatkan mood untuk memulakan penulisan blog sangatlah sukar. 


My first 2022 blog post will be about my short escape to Paddy field di Sekinchan with my beloved family. Selalu je guna lalu jalan Sekinchan yang berpermandangan sawah padi. Tapi tak pernah lagi berhenti dan bergambar di tepi sawah padi.

 



So, masa gediks family datang rumah saya time weekend haritu. Abah ajaklah jalan-jalan di Sekinchan. Lagi dekat dari rumah saya kan. Saya pun on jeala. Sebab cantic jea bergambar di situ.


Perjalanan dari rumah ambil masa dalam sejam untuk sampai Sekinchan. On the way ke Sekinchan, singgah makan Soto di Warung Soto Pasir Penambang. Nak bergambardi sawah padi of course kena tambah tenaga dahulu. Bergambar tengah panas haruslah time perut kenyang. Kalau idok boleh menimbulkan vibe yang tidak indah. Ahaks.

 
Soto di Warung Soto Pasir Penambang sedap weyh. Budak dua ketul pun suka makan. Siap tapau lagi kek coklat. Selain soto, boleh order jugak pesembor. Pun sedap jugak. Sangat recommended makan di kedai ni.

  Soto




Dah siap makan, sambung balik perjalanan ke Sawah Padi Sekinchan. Dah Sampai Sekichan, memang besar kawasan sawah padi. Tapi port untuk nak berhenti kereta dan bergambar tak berapa nak ada. Mostly tak ada space yang membolehkan kereta parking. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak port yang baik punya.

jumpa port baik untuk kereta boleh berhenti
 






Dah berhenti di port baik, memang sakanlah bergambar. Macam-macam pose buat. Tapi of courselah tak lama. Budak-budak manalah boleh tahan sangat berada di tengah panas lama sangat.
Menang cantiklah bergambar di tepi sawah padi. Patutlah tempat ni jadi salah satu tempat viral untuk bergambar.Dulu tak famous pun Sekinchan ni.

 
Lepas ni bolehla try staycation di homestay yang ada di Sekinchan. Bolehla try makan di tempat makan viral pulak. Dengar di Sekinchan banyak tempat makan best. Akan arrange lagi  percutian di Sekinchan.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. nice photos.. blog cantik ni..will come back again

    ReplyDelete
  2. MINER'S SOTO SAND SHOP is the best restaurant in town that i ever tried. Furthermore, when the matter narrows down to home improvement and construction, you can blindly count on our General Contractors Services in Chicago IL. We have years of experience and our highly trained professional committed to superior quality.

    ReplyDelete
  3. Take a look at MashMirror to find the best apps and tools. It has over 500 lists of best apps, software, and tools categorized in apps, tech, alternatives. MashMirror blogs provide the best information such as features, functionalities, and pricing of much different software, apps, and online tools. The single-column design lets you focus on what you are reading and find the answers to your curiosity. In addition to software, app, and SaaS lists, it has the latest information on Crypto, AI, and the latest tech.

    ReplyDelete