Cara Jaga Mata Anak Akibat Penggunaan Gajet

 

Baru-baru ini Dr Mohd Hafidz Ithnin telah melakukan perkongsian secara live dari Zoom mengenai Cara Nak Jaga Mata Anak Kita Akibat Penggunaan Gajet. Beliau yang juga merupakan Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM mengatakan anak-anak memang tak boleh elak mengunakan Gajet. Sebab Gajet adalah medium pembelajaran sekarang akibat daripada Covid 19 yang menyebabkan pembelajaran secara bersemuka menjadi semakin terhad.



Jadi apa yang boleh dilakukan sekarang adalah jaga mata dengan baik untuk mengelak daripada menghadapi kesan buruk akibat daripada gajet seperi peningkatan power spek mata, otot focus mata tidak stabil, mata cepat penat dan banyak lagi.



Jadi Dr Mohd Hafidz Ithnin mengongsikan beberapa cara untuk menjaga mata anak-anak kita. Cara-caranya ialah

1. Berehat sebentar dan boleh sambung semula pengunaan gadjet. Caranya lihat pemandangan luar rumah dalam 5-10 minit bagi rehatkan mata dari terlalu fokus.

2. Melakukan aktiviti luar rumah. Antara aktiviti luar rumah yang boleh dilakukan ialah membawa anak-anak main di taman permainan, bersukan, bercucuk tanam, dan sebagainya. Aktiviti luar rumah tanpa gajet ini membantu penjagaan mata anak-anak ddan juga membantu perkembangan minda anak.

gambar dari google
 

3. Kanta khas untuk penggunaan gadjet. Pengunaan kanta khas pada anak-anak ini boleh melindungi mata anak dengan penglihatan jarak yang tajam dan tanpa kompromi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kanta khas ini, boleh dapatkan khidmat nasihat di Optom Eyecare Bangi.

4. Beri ganjaran pada anak jika tidak mengunakan gajet. Budak mana tak suka ganjaran kan. Dengan beri ganjaran, anak-anak akan kurang mengunakan gajet secara keterlaluan.


gambar dari google


5. Penggunaan kanta penapis berwarna biru. Ini juga membantu melindungi mata dari terdedah dengan cahaya biru yang boleh merbahayakan mata.

Jika mata anak-anak masih ada masalah seperti asyik berkelip-kelip, mata cepat merah atau selalu gosok mata sewaktu melihat gadjet. Segeralah bawa anak-anak ke klinik atau boleh buat poemeriksaan awal di Optom Eyecare. Lebih baik kita mencegah dari ianya membawa kepada yang lebih teruk.
 

Kalau nak tahu, pada 11 Disember 2021 ini, pihak Optom Eyecare membuka satu sesi perjumpaan dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin di Optom Eyecare Bangi. Kalau berminat nak join sesi perjumpaan ini, hubungi di talian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan maklumat lanjut.



Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu perkhidmatan baru khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. Ianya memfokuskan kepada penjagaan mata untuk kanak-kanak.

Unutk maklumat lanjut

OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: Optom Eyecare

Facebook: Optom Eyecare

Whatsapp : wasap.my/601111479093

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. He shares the best advices to protect our children due to use of mobile phones. Furthermore, we provide budget-friendly Commercial Electrical Services Los Angeles CA with our expert and licensed electricians.

    ReplyDelete