Sambutan Hari Jadi Saya & Didi Dengan Keluarga Inun Di Singgahan Rahmat Homestay

Birthday saya tahun ini dapat disambut bukan setakat dengan keluarga sendiri malah dengan some of keluarga belah mak. Sangat-sangat happening dan meriah. Sebab ramai yang memeriahkan sambutan hari jadi saya kan.


Sambutan hari jadi saya disambut sekali dengan hari jadi my cutey sista, Didi. Jarak sebulan jeakan bulan birthday saya dan & Didi. So, buat double celebration. 



Tempat pun bukan kaleng-kaleng. Kami book Singgahan Rahmat Homestay. Homestay ni sangat besar dan ada swimming pool. Lengkap dengan semua facilities seperti dapur, kelengkapan untuk aktiviti BBQ, beberapa bilik air, TV dan banyak lagi. Bilik tidur pun ada tiga dan setiap bilik tidur ada aircon. Kat luar homestay, banyak port yang cantik untuk bergambar. Sebab banyak sudut yang ada landskap berkonsepkan ala-ala Bali.







Masa acara potong kek, Kek hari Jadi Saya dan Didi dikelilingi dengan pelbagai jenis dessert. Sebab semua family ada contribute dessert. Rasa macam Paris Hilton sangat. Sambut birthday dengan dikelilingi banyak kek dan dessert. Ahaks. 



 

Hadiah pun saya dapat jugak. Both family sendiri dan family belah mak ada bagi hadiah harijadi kepada saya. Thanks uolss. Terharu sangat. Hehe.





Lepas dah selesai sambutan hari jadi dan makan, next aktiviti apa lagi terjun dalam kolamlah. Memang mandi kolam sampai lebam. Sebab kolamnya tak ada siapa yang jaga dan untuk sendiri mandi je. Tapi kolam agak dalam. Kalau ada budak-budak mandi kolam sekali, kena pakai safety jacket or pelampung. Dan kena orang dewasa yang jaga. Dak Zafran hampir lemas woo. Dia sampai-sampai boleh terus terus terjun tanpa pakai safety jacket. Zafran ingat tak dalam kot.






Lama dah tak celebrate harijadi ramai-ramai macamni. Actually sebelum PKP pun macam dah lama jugak tak celebrate dengan saudara-mara. Bila dapat berkumpul balik macamni, tue rasa seronok tak kepalang.







 

 

To Keluarga Inun, Thanks memeriahkan sambutan hari jadi saya dan Didi. Sayang korang sangat-sangat.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Seronoknya berkumpul ramai ramai macam ni , meriah,

    Dan cantik homestay tu ❤

    ReplyDelete