Kuala Lumpur International Motor Show│ Satu Keluarga Teman Kimchi Cuci Mata Lihat Pameran Kereta

Ok cerita pergi ke Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) ni adalah pada tahun 2018. Baru dapat nak update dalam blog. Lama betul gambar-gambar di KLIMS peram dalam handphone.




Orang kata yang dah terlampau lama tu tak payahlah update. Eh suka hatilah. Nama pun untuk simpanan memori kan. Omputih pun ada kata better late than never kan.



KLIMS ni adalah pameran kenderaan terutamanya kereta dengan model terkini. Ada banyak pengeluar kenderaan yang ambil bahagian untuk mempamerkan model baru. Antaranya Honda, Nissan, Triton. Proton dan Perodua pun ada. Dan banyak lagilah.



Pameran ni mostly budak-budak lelakilah sukalah pergi. Cuci mata tengok kereta yang design cantik-cantik. Macam saya Kimchilah yang mengajak pergi. Katanya nak release stress dengan melihat kereta-kereta di pameran ni.



Saya pada mulanya tak tahu pun kewujudan pameran ni. Padahal hampir setiap kot ada diadakan KLIMS ni.



Harga tiket boleh tahan. Dewasa sahaja RM25/pax. Kanak-kanak RM16/pax. Yang bestnya setiap booth ada menyediakan pelbagai jenis souvenir untuk yang ada menyinggah booth mereka. Kerja kitaorang kerja collect souvenir.




Certain booth siap ada photobooth dan buatkan custom made tote bag untuk pengunjung. Ada juga buat lucky draw macam Honda dan menawarkan hadiah yang lumayan. Tapi as predictable satu pun tak menang..huhu.

 Siap ada print photo

 Lunch mangkuk tingkat

Apapun, walaupun first time saya kunjungi pameran KLIMS tapi agak memberikan pengalaman yang menarik untuk saya. Tak adalah saya rasa bosan ke pishang ke. Bolehla nak teman Kimchi lagi kalau dia ada ajak untuk kunjungi KLMIS


Share this:

,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Wah.. event yang menarik.. Lama atau baru tetap kenangan..

    ReplyDelete
  2. I'd love to try and go to one because i've never had the experience before.

    ReplyDelete