Western Dinner At Tree Steak House, Shah Alam With Geng Legend
Masa staycation di Acapella Suite Hotel Shah Alam dengan Geng Legend, malamnya dinner di Tree Steak House. Tree Steak House ni di seberang jalan hotel ni jea.

So, tukar kepada makan di sekitar hotel sahaja. Di area tu banyak jea tempat makan best-best. Antaranya Polperro Steak House. Antara kedai yang menyajikan makanan western yang affordable. Semua sepakat untuk makan di situ.
Sampai jea situ, tengok bapak ramaila pulak makan di situ. Maybe sebab malam hujung minggu dan baru dapat gaji. Cancel lagi makan di situ.
Duk cari-cari lagi, last-last jumpa Tree Steak House. Yang lokasinya di hadapan hotel yang kitaorang menginap ni. Time kat hotel tak perasan pun kewujudan kedai ni.

Servis pun not bad. Agak cepat jugak dapat makanan walaupun ramai customer. Saya order oglio spaghetti with Grilled Salmon. Kimchi pulak order lamb chop. Tak ingat exact nama meal ni.

Sauce black pepper sangat sedap. Tak pedas. Sebab apa saya komen tak pedas. Pernah makan di Tree Steak House cawangan Sungai Buloh. Black pepper sauce untuk steak yang saya order sangat pedas. Saya tak dapat nak menikmati keenakkan steak nya.

Saya punya pun sedap jugak. Cuma portionnya macam tak cukup untuk saya. Tengok dalam menu macam portion nya banyak. Standard lah tu kan. Saya pun maybe tengah lapar sangat kot time tu. Apapun dua-dua sedap. Boleh repeat makan di situ lagi.

Dah siap makan, macam biasa Geng Legend ada bergambar-gambar dulu. Lepas tu semuanya balik bilik hotel masing-masing. Tak larat nak lepak sampai lewat malam sebab kepenatan mandi swimming pool.
amboi..sedapnya menu..:)
ReplyDeleteAdoi.. Grill Salmon tu.. Meleleh air liur.. Hehehehe..
ReplyDeletesilap pulak baca time lapar ni aduii
ReplyDeletei never know the use of adobe shadow until i saw this post. thank you for this! this is very helpful. ซีรี่ย์ฝรั่ง
ReplyDelete