Sup Power & Ayam Kampung Berapi, Meru Yang Rasanya Sangat Power



Nak makan ayam kampung digoreng penuh ranggup, dikombinasi pulak dengan sup cendawan yang sedap & rasanya terbaik, makanlah di Sup Power & Ayam Kampung Berapi, Meru.





Tak akan menyesal makan di Sup Power & Ayam Kampung Berapi ni. Ayam kampung dihidangkan panas-panas & baru digoreng. Sup cendawan pula sangat sedap sebab cukup rasa. Boleh nak dimakan sebagai kuah untuk nasi. Takpun dihirup begitu sahaja pun sedap jugak.



Yang paling power adalah sambal. Perghhh.cukup pedas & rasanya sangat sedap.
Harganya satu set RM10. Nampak macam mahal harga RM10 untuk ayam, nasi & sup. Tapi set ini sangat kena dengan harganya sebab ayamnya ayam kampung dan portion nya adalah satu perempat ayam. So, harga ayam kampung berapi ini agak berpatutan.






Selain ayam kampung goreng, ada lagi pilihan lain yang boleh di order iaitu ayam kampung bakar. Menu-menu lain pun ada juga seperti keli/tilapia goreng, pelbagai pilihan sup dan banyak lagi.


Tapi lepas sahaja makan ayam kampung berapi, terus pengsan iaitu zzzz..maybe ada yang banyak ajinomoto kot. Saya macamtu. Kalau lepas makan, kepala rasa berat dan terus tidur mesti yang saya makan mengandungi banyak ajinomoto atau perisa makanan yang heavy.

Apapun, Ayam Kampung Berapi memang sedap.

Share this:

CONVERSATION

12 comments:

  1. Nmpk pun dah sedap ni kan pulak makan.. hihihi murah jugak

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap nie, boleh cuba nanti kalau ke sana..

    ReplyDelete
  3. saya kalau pedas...memang angkat bendera putih

    biasalah selera orang Sarawak

    ReplyDelete
  4. uuish kadang2 suka juga ayam goreng saja dengan sambal belacan dengan nasi putih. tu saja pun da bikin trangkat =D

    ReplyDelete
  5. Wahhhh bila pulak g makan ni

    ReplyDelete
  6. mesti ramai yg menangis lps mkn sambal berapi tu hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah berbaloi sangat tu untuk harga RM10 tu.. boleh bookmark dulu nie..

    ReplyDelete
  8. Dah cuba.memang mantop mabeles.😋😋

    ReplyDelete
  9. Cool you write, the information is very good and interesting, I'll give you a link to my site. earlynewspaper.com

    ReplyDelete

  10. I would appreciate you that you pick up an important topic to write a thoroughly informative post on. I hope that you never stop and keep posting such valuable content Pacman 30th Anniversary

    ReplyDelete