Ingin Bercuti di Mini Zoo Mesra Pengunjung? Kunjungilah Farm In The City, Sri Kembangan

Cuti tiga hari tu, kenalah sekurang-kurangnya sehari bawak anak-anak pergi bercuti. Sebelum tu dah duduk memerap di dalam rumah sahaja. Kenalah bawak anak-anak kenal dunia luar pulak.

Nak bercuti jauh-jauh gaji lambat ler pulak nak masuk baik kerja gomen mahupun private(lagi lambat). Kena bercuti dalam negeri sahajalah. Tempat percutian mana yea yang dalam kawasan (negeri Selangor,) kos nya berpatutan dan paling penting anak-anak pasti akan SERONOK.


Tempat percutian itu adalah semestinya FARM IN THE CITY yang berlokasi di Sri Kembangan. Memang dekatlah dari rumah saya iaitu makan masa 30 minit sahaja dari Sungai Buloh.

Rakan-rakan blogger KBBA9 bersama keluarga masing-masing turut bercuti di Farm In The City

Bercuti di Farm In The City saya berani cakap tidak akan melibatkan kos yang tinggi. Sebab apa saya cakap macamni. First parking free. Kebanyakkan tempat percutian, kena bayar parking. Second harga tiket Farm In The City adalah berpatutan. Harganya ialah RM37 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Ini harga tiket untuk pemegang mykad/mykid. Nak tahu lebih lanjut harga tiket ni, boleh tengok di gambar bawah.



Pasti dapat pengalaman yang menyeronokkan apabila bercuti di Farm In City. Kerana apa? Meh saya cerita satu-satu.

Farm In The City ini adalah berkonsepkan zoo mesra pengunjung. Ini lah yang paling best sebabnya pengunjung-pengunjung termasuklah kanak-kanak boleh berinteraksi dengan hampir semua haiwan yang ada di Farm In The City ini. Terutamanya haiwan-haiwan yang bebas berkeliaran di luar kandang seperti ayam, kambing, rusa dan etc. Interaksi yang boleh dilakukan adalah sentuh, usap dan beri makanan yang disediakan oleh staff Farm In The City.

Takut tul nak berada dekat dengan skunk ni..kang skunk panic mau mengeluarkan pancutan bau amat wanginya...kuikuikui

Guinea Pig

Kangkung yang disediakan oleh staf untuk pengunjung beri kepada kura-kura 

Ada juga haiwan yang boleh dinaiki iaitu pony. Nak tangkap ikan pun boleh iaitu di Longkang Fishing. Nama pun zoo mesra pengunjungkan. Boleh buat apa-apa asalkan yang tidak memudaratkan kepada haiwan tersebut dan di bawah pantauan staf di situ.


Kanak-kanak boleh beri makan kepada ikan walaupun fancing tinggi sebab ada ruang di antara fencing

Tangkap ikan guna jaring

Dak Zafran tengok ayam pun boleh excited

Haiwan-haiwan yang ada pula… seriusss sangat banyak dan pelbagai jenis. Kalau haiwan ternakan/domestik hampir semua jenis/species ada iaitu kambing, lembu, ayam dan banyak lagi.  Manakala ada sebahagian haiwan-haiwan liar seperti raccoon, meerkat, dinousor turtle dan banyak lagi.

pandai pulak ostrich ni pandang kamera

Boleh bermesra dengan Kambing gurun, ostrich & kambing dari luar kandang dengan memberi makanan.

Di Savanna yang boleh beri makanan kepada haiwan yang bebas berkeliaran berdekatan dengan kita. nampak tu kambing duk memanjat pagar yang tak sabar tunggu pengunjung beri makanan.

Mata penuh keazaman kambing tu

Banyak sangat species haiwan yang ada di Farm In the City. Saya senaraikan semua nanti, berjela-jela pulak entri ni. Nak tahu betul-betul berapa banyak dan species yang ada, kunjungilah ke Farm In The City.

Meerkat

Dak Zafirah layan jea mama kerja bergambar jea..Belakang tu burung hantu

apa entah nama haiwan ni.nama yang kat signboard tu bukan tau.

Di Farm In The City bukan setakat boleh mengenal pelbagai species haiwan, malah boleh belajar mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Dak Zafran tengok raccon




Tempat ini dikelilingi dengan pokok-pokok. Jangan risau dengan panas-panas ketika berada di dalam Farm In City kerana tempatnya sangat redup dan mendamaikan jiwa dan ragaku.kuikuikui.

Di mana-mana pun dikelilingi dengan pokok-pokok. No wonder rasa sejuk sahaja apabila berada di Farm In The City





Tapi bagi yang amat-amat sensitive dengan cik muk(nyamukler) macam Dak Zafran (Darah O positif kan), kena bersiaplah dengan mosquito repellant. Mosquito repellant memang sentiasa ada dalam beg baik yang jenis sticker mahupun yang jenis lotion. Jangan risau kalau tak bawa sebab di kedai di situ ada jual mosquito repellant ni.

Salah satu haiwan exotic yang ada iaitu Alpaca


Kemudahan-kemudahan yang ada di Farm In City sangat lengkap. Hampir semua kemudahan asas ada di situ seperti toilet, kedai makan, surau dan sebagainya.  Sinki pula di mana-mana pun ada. Dilengkapi dengan sabun tangan.

Dak Zafran dah berada di excited state

Memang menyeronokkanlah bercuti di Farm In City. Dak Zafran pada mulanya hampir nak meragam  sebab kena bangun pagi. Tapi lupa meneruskan niat untuk meragam sebab having fun di Farm In City. Siap jalan-jalan banyak round kot di Farm In The City ni.  Papa dia ajelah duk melayan pusing banyak kali tu. Bolehlah repeat lagi bercuti di Farm In City.

On the way ke pintu keluar boleh lagi tambah ilmu dengan belajar mengenal species anjing di standies tersebut. Memang best Farm In The City ni. Boleh repeat datang lagi!

Share this:

, , ,

CONVERSATION

15 comments:

  1. ada plan jugak nak ke sini sebab banyak haiwan yang menarik. Comelnya Zafran haha

    ReplyDelete
  2. Budak2 memang akan enjoy kalau datang ke tempat cenggini.. suka tengok dan sentuh haiwan

    ReplyDelete
  3. seronok dpt spending time bawak anak-anak ke sini...hihihi

    ReplyDelete
  4. Dah settle melawat jugak last month...yang seronok anak- anak la..

    ReplyDelete
  5. rs nyer kalau ke sini mak ayah yg terlbh excited berbanding anak2 hahaha

    ReplyDelete
  6. salam singgah. best nya. dah lama jugak kami sekeluarga tak ke zoo. hehehe. selalu cuti kadang dok kat rumah ja :D

    ReplyDelete
  7. Menariknya tempat ni, macam-macam ada

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH pemenang GA by zati..
    Boleh tengok sini
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/tahniah-pemenang-giveaway-zati-yang.html

    ReplyDelete
  9. Seronoknya kalau dapat bawa anak buah ke sini

    ReplyDelete
  10. Betul tu, kalau senaraikan haiwan2 kat sini memang tak cukup 1 entry. Memang semuanya cute to the max :)

    ReplyDelete
  11. Aritu time duduk Selangor tak sempat nak pergi jalan2 kat sini, sekarang dah pindah memang lagi susah la nak pergi..

    ReplyDelete
  12. Tah bila nak sampak padahal sepelaung jer

    ReplyDelete
  13. Best Farm in The City ini.. Sha da pernah pergi..

    ReplyDelete
  14. Ostrich tu bukan tengok camera, dia tengok kepala anda. Nmapak sedap kot

    ReplyDelete