Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3-Bedroom Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 2

Ready nak pergi breakfast buffet di Meranti Coffee House


Pada pukul  7:30am, pergi breakfast di Meranti Coffee House. Makanan yang ada di buffet ni adalah nasi lemak, mee goreng, potato wedges, red beans, roti canai, eggs, breads, porridge, cereals, fruits & salads. 

Meranti Coffee House

Main Course

Fruit Desserts

Jangan terpedaya Cicit makan sekeping roti jea tu. Tu dia cakap baru opening...ahaks

Dah balik bilik, semua bersiap untuk mandi-mandi di Hotspring Themepark. Saya, Kimchi, Zafran, Dak Zafran & Yob sahaja stay dalam bilik . Diaorang semua mula-mula mandi di themepark yang ada pool biasa & ada few slide. Then baru pergi ke Kolam Air Panas. Kolam air panas ni ada dua jenis. Yang first separa panas, yang boleh berendam satu badan. Yang second, sangat panas. Nak rendam pun kaki sahaja. Itupun sekejap. Di kolam yang kedua inilah, yang boleh rendam telur sampai half-boiled. Kat situ jugak makan telur yang lepas dah direndam ini. Siap ada jual telur dan kicap lagi. Tapi harga telur boleh tahan cekik darahnya. Nasib baik maklang bawak 2 papan telur. Just diaorang beli kicap sepaket sahajalah yang harganya RM1.

Kolam Air Panas yang separa panas

Ni kolam yang betul-betul panas

Siap rebus telur tue

Dah habis mandi, balik bilik untuk bersiap nak check out. Lepas ini tak tahu lagilah akan dapat lagi ke tak rezeki rimau macamni. Tapi tak payah tunggu rezeki rimau pun tak apa. Kongsi ramai-ramai untuk bercuti di Villa inipun boleh jugak. Sebabnya tempat ni memang sesuai dan sangat best untuk percutian keluarga. 


Family Belah Lenggong P/S: 



Dah tidur satu malam, tak ada seorang pun complaint kena kacau dengan hantu. So, ada discaunt 90% bukan sebab Villa tu berhantu.Memang Enal dapat rezeki rimau. Ahaks. 




Share this:

, , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. elsa baru sekali je pergi sini! itu pun mandi je hehe. cuti sekolah nak ajak family elsa datang sini lah. macam best je hakhak

    singgah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/berhutang-punca-sahabat-menjadi-musuh.html

    ReplyDelete
  2. dekat dengan tempat Sha nie.. Singgah makan nasi buluh tak?

    ReplyDelete