Alexa Ranking Penselduabee Berjaya Mengatasi Blog Fatin Liyana & Irine Nadia

Penselduabee berada di kedudukan 7,245 untuk Malaysia ranking & 1.6M untuk global ranking

Tajuk entri macam nak kena penampar kan.Haha. Tak payah nak berlagak sangatlah. Kalahkan blog Fatin Liyana & irine Nadia konon. Padahal dua-dua blog ini dah lama popular & empunya blog-blog itupun banyak memenangi pelbagai anugerah. Kedua-dua blogger dah lama memegang status celebrity. Kau, blog hit pun baru sahaja melepasi  50k. Pergi  food review di Domino’s pun, semua blogger pandang semacam kat kau. Nampak air muka diaorang macam tertanya-tanya, dia ni siapa tiba-tiba jea attend event ni. Blogger jugak ke.  Memang tak dilupakan moment tu.hehe. Saya memang tak terkejut dapat reaksi sebegitu sebab blog saya masih mentah lagi. Saya pun tak pernah join mana-mana blogger event. Sebab itu saya cuba memberanikan diri untuk join blogger event pertama saya ini supaya dapat berkenalan dengan blogger-blogger otai and the sama time minta tips dari diaorang. And of course dapat makan free lah.hehe. dengan syarat kena buat review dalam blog. Tapi baru sahaja sampai Dominos, Kimchi ajak balik atas sebab-sebab tertentu. Tak ada rezeki nak join food review ini. 


 irinenadia berada di kedudukan 11,006 untuk Malaysia ranking & 2.4M untuk global ranking


 honeykoyuki(Fatin Liyana) berada di kedudukan 7,556 untuk Malaysia ranking & 1.7M untuk global ranking




Of courselah blog saya tak akan dapat mengatasi blog Irine Nadia & Fatin liyana. Alexa ranking pun bukannya accurate sangat. Ranking ini menjadi tinggi inipun sebab saya banyak join giveaway & share di FB. Tapi bila tengok these numbers, saya rasa lebih bersemangat untuk naikkan pageviews blog saya & menghasilkan entri yang berkualiti supaya dapat menarik lebih ramai readers. InsyaAllah, blog saya mempunyai ramai regular readers. (bukan regular customer yea.hehe) & pageviews dapat cepat naik sehingga 100k pulak.

Share this:

CONVERSATION

5 comments: