at
10/28/2016
Permandangan Kuala Langat yang masih 75% hijau
Bukit Jugra adalah tempat bersejarah yang berdekatan dengan Gold
Coast Morib International Resort(GCMIR) . Selepas check out (GCMIR), naik ke
Bukit Jugra dengan kereta hingga ke puncak. Boleh tengok permandangan Kuala
Langat, sungai & laut dari puncak Bukit Jugra. Sangat mendamaikan tengok permandangan yang
masih lagi banyak hijau.
Tengah honeymoon kat NZ la ni..ahaks
Bila golongan hipster bergambar
Belakang tu pondok tempat duduk mengadap permandangan dari atas bukit.
Di atas bukit Jugra juga menempatkan rumah api tapi tak boleh masuk. Ada kemudahan awam asas di situ seperti pondok untuk duduk & carpark bagi memudahkan pengunjung yang ingin melihat permandangan dari atas bukit. Selain itu, Bukit Jugra adalah tempat untuk melakukan aktiviti paragliding. Tapi time kitaorang pergi situ tak ada pun aktiviti tu dijalankan.
Rumah api
Turun Bukit Jugra, singgah masuk Muzium insitu Jugra. Muzium ni merupakan balai polis lama Jugra atau nama lamanya adalah Rumah Pasung, yang dibina pada tahun 1878. Lepas tidak digunakan, lama jugak ditinggalkan & hampir tinggal rangka sahaja. Tapi dibangunkan semula & dijadikan muzium pada tahun 2002.
Di Muzium Insitu Jugra
Di sebalik gerigi penjara
Sejarah Kuala Langat & salasilah Kesultanan Selangor boleh diketahui di Muzium ini. Of courselah kena baca setiap informasi yang dipamerkan di dalam muzium ini. Setakat tengok gambar jea, tak boleh nak tahu jugak.hehe.
Tengah bacalah ni.
Selamba ko yea masuk sampai dalam tu
Baca sejarah asal-usul muzium ni
Dak Zafran ajak naik tangga sampai atas. Suka bebenar dengan tangga
Dah habis baca sejarah & pusing satu muzium, tamat sudah aktiviti bercuti di Morib. Permandangan Kuala Langat yang masih 75% hijau Bukit Jugra adalah tempat bersejarah yang berdekatan dengan Gold Coast Morib Internatio...