Eat and Heal At Barbabros & Cuz, Tamarind Square, Cyberjaya
Mak nak belanja makan di luar sempena selesai mengundi haritu. Pi keluar makan haritu sehari selepas hari Pilihan Raya. Tapi even dah sehari dah berlalu hari pilihan raya pun masa tu masih lagi sebab akak dilantik jadi Perdana Menteri sebab SPA announce tiada parti yang menang majoriti mudah.
Ikutlah siapa yang jadi PM. Hidup tetap kena teruskan. Mak nak belanja makan di café yang ada deco asthetic tapi taknaklah mahal-mahal sangat. Mus suggest cari café di Tamarind Square. Tamarind Square itself pun dan ada enterior deco dan landskap yang asthetic dan cantik. Dah sampai situ, pilih café mana yang mak nak belanja kami.
Tamarind Square adalah di Cyberjaya. Sampai sahaja Tamarind Square, dapat lihat satu open mall yang besar. Boleh parking di luar atau di dalam. Masuk sahaja dalam Tamarind Square, dapat lihatlah kawasan ni penuh dengan pohon dan dedaun hijau merimbun. Struktur binaan pun sangat menarik. Sangat menyejukkan dan mendamaikan jiwa jalan-jalan di dalam open mall berkonsepkan urban nature macamni. Kalau nak healing, Tamarind Square adalah salah satu tempat yang boleh pergi.
Sebelum berjalan-jalan untuk menikmati keindahan deco dalam Tamarind Square, isi perut dulu. So cari café yang suit dengan budget mak. Survey punya survey pilih untuk lunch di Barbaros & cuz Café. Bila tengok menu yang ada disediakan di tepi entrance café ni, rangenya untuk makanan plus minuman dalam RM30/pax. Kalau café lain dalam RM50/pax.
Untuk makan, sebab terasa nak makan burger saya order Smashed Beef Burger. Untuk drink Iced Caramel Latte. Mus pun order burger jugak Rasanya memang sedaplah. Daging burger juicy dan tender. Coffee pun sedap. Untuk burger ada side dish, French fries. Dapatlah bagi Zayden dan Zafirah makan. Sebab tu suka order western menu. Western menu mesti ada sekali French fries yang dapat bagi dua ketul makan.
Mak order pasta creamy cabonara. Cukup rasa sos cabanara nya. Didi order Grilled Chicken Chop with Black Pepper Sauce. Sauce tak rasa pedas menyegat tu macam ada saya pernah rasa kat kedai makan lain sebelum ni. Sauce pedas-pedas ni tersangatlah turn off. Tak dapat menikmati rasa sauce dan protein. Sibuk tahan pedas je. Chicken chop sedap dan juicy.
Dah siap makan, nak jalan-jalan di sekitar dalam mall sebab cantik kan. Banyak port cantik untuk OOTD. Siap ada kolam ikan, banyak pokok menghijau yang cantik dan ada tangga yang ada struktur binaan yang sangat menarik. Tapi tak dapat nak pusing semua tempat dan bergambar semua port cantik due to macam biasalah salah seorang Dak tiga ketul meragam. Dak Zafirah la yang tengah phase tantrum. Jadi terpaksalah balik.
Gabungan nature dan architecture di Tamarind Square menjadikan tempat ini menarik untuk dikunjungu especially untuk nak healing. Makan Barbabros & Cuz pun sedap dan harga pun agak ok sebab bukan level T20.
Mak nak belanja makan di luar sempena selesai mengundi haritu. Pi keluar makan haritu sehari selepas hari Pilihan Raya. Tapi even dah sehari...