at
8/24/2017
Dak Zafran langsung tak mau makan makanan korea
Balik PJ haritu, bawak mak & didi makan
makanan korea di Midvalley. Saya order bibimbap. Mak & didi sama-sama order
Jajang Myun. Semuanya tak pernah kedua-dua makanan korea nie.
Saya terasa nak cuba makan bibimbap sebab
hidangan ni pernah masuk dalam mastechef US kot. Season berapa entah yang Luca
juara tue. Peserta kena masak bibimbap dengan jayanya semasa mystery box
challenge supaya terselamat daripada penyingkiran.
Tengok semua peserta masak nampak macam sedap
jea. Tue yang cuba rasa tue. Saya beli di food oasis dengan harga RM10.
Siap-siap jea bibimbap untuk saya, dapat satu mangkuk & dua side dish.
Tengok-tengok dalam mangkuk saya dapat tue, ada nasi, telur mata, beberapa
jenis sayur & seaweed. Ada lah kuah macam kuah pasembor tue. Yang side dish
nya kepingan kecil telur dadar & Kimchi a.k.a kobis jeruk. Lerghhhhh.. Ini
jeake Bibimbap nya. Dah macam makanan untuk vegan pun ada jugak kalau tak ada
telur. Hidangan macamni sendiri buat pun boleh.
Ke sebab saya tak makan di high end Korean Restaurant. Bibimbap saya makan ni maybe bukan yang
betul-betul punya ke. Ada kekurangan here & there. Tak tahulah. Rasanya
boleh imagine sendirilah. Rasanya macam makan kombinasi nasi, sayur, seaweed,
telur mata & kuah ala-ala kuah pasembor. Gitulah rasanya.
Mak & Didi pula order Jajang Myun. Nama
hebat tapi sekali tengok macam mee kicap. Dua kali & lebih tengok, mee nya
tak samalah macam mee kita. Of course lah kan. Dah nama pun makanan korea.
Rasanya ok oklah. Tak tahu nak cerita macam rasanya. Rasa masin-masin kicap
macamtu lah. Mula-mula sedap makan. Lepas dah makan sampai separuh, dah rasa
muat.
Akan makan lagi tak kedua-dua makanan korea
ni? Ermm kalau di tempat yang sama definitely nope. Baik makan snack plate. Ahaks
. Tapi ada orang cakap kalau makan di betul-betul Korean Restaurant, rasa lagi
better. Bolehlah kot nak cuba kali terakhir makan makanan Korea kalau di Korean
Restaurant. Next time lah yea.
Gambar Godiks girls berselfie sebelum makan. Lepas makan tak ada selfie dah sebab muka masing-masing macam tak selesa. Rasa mual makan korea tak hilang..hehe
Dak Zafran langsung tak mau makan makanan korea Balik PJ haritu, bawak mak & didi makan makanan korea di Midvalley. Saya order bib...