Short Vacay In Penang│ An Overnight Stay At Lexis Suites, Penang
Lexis Suites Penang boleh tahan jugak jauhnya dari bandar Georgetown. Jalan nak pergi hotel ni pun boleh tahan complicated. Nasib baik ada waze jea. Kalau tak ada gak, mahu sesat. Sebab signboard hotel ni tak berapa nak ada. Dah nak sampai, barulah ada signboard. Even ada waze pun, berapa kali salah teka hotel. Bila dari jauh ternampak bangunan tinggi yang cantik, ingat Lexis dah. Tengok remaining millaege di waze masih jauh lagi, rupanya bukan. Dah masuk ke perkampungan nelayan, barulah sampai Lexis Suites Penang. Hotel ni di betul-betul tepi pantai. Tapi pantainya bukan untuk tourist. Banyak ada bot nelayan jea. Dah nama pun di perkampungan nelayan kan.
Selesai check in & masuk jea bilik, terus rasa best. Sebabnya deco bilik Lexis ni cantik bangattttttt. Di atas katil-katil, tersusun bantal-bantal kecil yang comel & tertulis Lexis. TVnyaaaaa canggih ya ampunn. Tak tau describe macam mana & nak panggil model apa..LCD la kot kalau dah meleper macamtu. Katil ada dua & kedua-duanya adalah king size. Boleh request baby cot lagi. Dak Akeem punya tempat tidurlah tu.
Two king sized beds
Unik betul TV hotel ni
Lexis Suites sama seperti Lexis
PD, tetapi lebih banyak facilities. Facilities yang Lexis Penang ada tetapi
tiada di PD ialah ada bathtub & sauna. PD kan Lexis yang first. Macam Lexis pioneer. Tu yang macam Penang punya lagi canggih berbanding PD. Tetapi tak ada microwave oven. Kalau
di PD ada microwave. Microwave pun penting jugak kalau nak panaskan makanan
yang tapau bawak balik hotel.
Basin
Ada wardrobe & iron board di dalamnya. Yang tak menahan tue, weighing scale pun ado.
Toilet bowl
Sauna
Bathtub
Toilet amenities
Lexis punya trademark facility iaitu tak lain tak bukan private pool, di balkoni. View di balkoni dapat yang side seaview & village view. Nak front sea view kena tambah lagi juta-juta yen. Memang mendamaikan menikmati permandangan
laut & perkampungan nelayan dari tingkat 17 sambil berendam di dalam private pool. Poolchair pun ada jugak di balkoni ni kalau nak tengok permandangan sambil berbaring.
Poolchair pun ada
Budak-budak apalagi kerja
berendam ajela di private swimming pool. Dak Zafran dah ada skill baru main air di dalam swimming pool. Sebelum ni takat main air guna Kid inflatable float, yang kena masukkan dua kaki tue. Float ni kaki sahajalah yang berendam dalam air. Tapi sekarang, Dak Zafran dah pandai guna normal kids float. Siap boleh buat kuak lentang & naikkan kaki tue. Tapi still kena pakai pelampung kat lenganlah. Lepas ni, bolehlah beli float ni dengan yang lengan jugak di Mr. DIY. Mr. DIY la murah. Tak ada kedai lain yang boleh challenge harga di Mr. DIY.
Dak Zara & Dak Imaan dah ready nak swimming
Dah boleh naikkan kaki tue
Dak Zafran sangat having fun
Pagi esoknya, saya & Kimchi keluar cari breakfast di kedai sekitar hotel. Plan asal patutnya nak breakfast roti telur goyang di town. Tengah viral kot tempat buat roti ni. Tapi keadaan trafik pagi tu mak aiiii.. Jem strawberi sangat. Kitaorang kan bercuti time hari kerja. Pagi-pagi opkos Penangites keluar kerjalah. Bercuti time hari kerja kena hadaplah jem time peak hours. Tu yang just berjalan kaki mencari breakfast di kedai berdekatan dengan hotel. Cari punya cari. Ada satu kedai jual nasi berlauk. Cari lagi. Lepas tu jumpa kedai makan cina. Sampai ke kedai makan ketiga, akhirnya jumpa jual breakfast yang dah siap bungkus. Ada jual nasi lemak lauk ikan & ikan masin, bihun goreng & kuih-muih. Beli semua jenis. Untuk rasa, nasi lemak terlampau pedas. Saya makan jea sampai habis. Jenjalan ni kena pakai banyak energy. Bihun goreng, not bad. Tapi kuih ketayapnya basiiiii...Kimchi mangsa kebasikan kuih ketayap tersebut.ahaks. Pesanan buat Makchik yang jual breakfast ni, please improve yea... (Pesan macamni macamlah Makchik tu akan baca blog kau.hehew)
Memang tak ada kedai sangat yang berdekatan dengan hotel ni. 7E lagilah. Kalau nak beli makanan macam jajan, kena keluar balik dari kawasan hotel ni.
Overall, hotel ni memang terbaik untuk keluarga especially yang ada anak-anak suka main air. Tapi untuk nightlife & tourist attraction place, non hado di area hotel ni. Even pantai pun bukannya pantai peranginan. Nak semua ni, kena pergi ke Georgetown & Batu Ferringhi. Apapun, Lexis Suites Penang tempat da best mencari ketenangan untuk lari seketika daripada hiruk pikuk duniawi.
Memang tak ada kedai sangat yang berdekatan dengan hotel ni. 7E lagilah. Kalau nak beli makanan macam jajan, kena keluar balik dari kawasan hotel ni.
Overall, hotel ni memang terbaik untuk keluarga especially yang ada anak-anak suka main air. Tapi untuk nightlife & tourist attraction place, non hado di area hotel ni. Even pantai pun bukannya pantai peranginan. Nak semua ni, kena pergi ke Georgetown & Batu Ferringhi. Apapun, Lexis Suites Penang tempat da best mencari ketenangan untuk lari seketika daripada hiruk pikuk duniawi.
Lexis Suites Penang boleh tahan jugak jauhnya dari bandar Georgetown. Jalan nak pergi hotel ni pun boleh tahan complicated. Nasib baik ...