Mak & Abah bukan setakat lahir pada tahun yang sama, bulan pun sama jugak iaitu pada bulan Mei. Cuma haribulan sahaja yang tak sama. Mak lahir pada 17hb while abah pada 23hb.
Masuk sahaja bulan Mei, cepat-cepat plan buat birthday celebration serentak untuk mak & abah. Combine senang. Pastu tak payah tunggu 17 Mei. Sebabnya kalau nak tunggu 17 Mei, dah masuk bulan Ramadhan. Lagi satu, saya ni tunggu masa sahaja dah nak meletup. EDD second child saya pun jatuh pada 17 Mei.
Tapi nak buat awal pun susah jugak. Dak Mus & Farid kan tinggal di perantauan. (perantauanla sangat). Sorang di Perlis, sorang lagi di Labuan. Kena tunggu diaorang balik dululah, baru boleh buat celebration.
Semuanya ada pada 10 Mei
Tunggu punya tunggu, balik jugak budak dua orang ni. Dua-dua nak balik untuk PRU14 yang jatuh pada 9 Mei. Pada 9 Mei, semua keluarga asal Godiks ada di PJ. Masalahnya yang family addition pulak tak ada iaitu Kimchi, Dak Zafran & Hazie. Masing-masing balik kampung halaman untuk mengundi. Dak Zafran ikut Kimchi. Tak dapat jugak satu family lengkap nak buat advanced birthday celebration untuk mak & abah pada 9 Mei.
Nasib baiklah 10 Mei, Hazie & Kimchi dah balik PJ semula. Ikutkan Kimchi nak jea stay di Taiping sampai Ahad. Sama macam kakaknya, Enal. Tapi bininya tunggu masa sahaja nak meletup. Tu yang tak dapat nak stay lama-lama.
Akhirnya dapat jugak celebrate advanced birthday celebration untuk Mak & Abah pada malam 10 Mei. Dapat juga sambut sebelum saya meletup dan juga sebelum bulan puasa. Tempat yang dipilih untuk meraikan birthday mak abah adalah di Grellas Cabin.
Interior Deco di Grellas Cabin
Grellas Cabin adalah sebuah hipster restaurant yang menyajikan makanan-makanan western. Berlokasi di Subang 2. Sampai-sampai sahaja Grellas Cabin, terus terlihat kedai berbentuk kabin. Dah nama pun Grellas Cabin kan.
Sampai dalam pukul 8pm, kedai ni dah penuh dengan pelanggan. First impression dah baik di situ. Ramai orang datang makan, maknanya makanannya sedap.
Kitaorang order menu tak sama. Biar dapat rasa macam-macam. Menu yang di order adalah Grilled Chicken, OMG (ada semua iaitu lamb chop, chicken chop, meatball, hotdog & egg), lamb burger, grilled chicken & sausage, lamb chops & Crispy Chicken Burger. Abah yang pilih grilled chicken, tambah lagi dengan combo nasi. Biasalah abah mana boleh tak makan nasi.
Grilled Chicken and sausage
Combo Nasi. Wajib order oleh Abah
Nugget & Fries untuk Dak Zafran
Lamb Chop
Ok, sampai masa untuk komen rasanya. Yang saya order lamb burger, memang tidak mengecewakan rasanya. Daging grilled lamb sangat lembut. Ditambah pulak ada slice cheese yang mencair dalam burger. Lagilah perghhh rasanya.
Lamb burger
OMG pula portion nya sangat banyak. Boleh makan hingga tiga orang. Yang ordernya Hazie. Dia kongsi of course dengan lakinya lah iaitu Payed. Rasanya pun daging lamb sangat lembut. Tak liat. Sos nya macam manis sedikit tapi still sedap. Tak adalah rasa yang pelik-pelik sampai tak boleh makan. Meatball pun tak kuat rasa lembunya. Sedap dimakan.
OMG
Yang lain-lain pun sama, semuanya sedap. Confirm akan repeat makan di Grellas Cabin lagilah. Lepas tu pulak dah dekat dengan Saujana. Confirm akan datang lagi. Cuma bukan dalam masa terdekatlah. Yeala dah nak meletup dah kan. Hehe.
To Mak & Abah, Happy 53rd Birthday to both of you. May both of your dreams come true and may both of your birthday full of joy & excitement.
Mak & Abah bukan setakat lahir pada tahun yang sama, bulan pun sama jugak iaitu pada bulan Mei. Cuma haribulan sahaja yang tak sama. Mak...