2D1N Kuala Lumpur Family Staycation| A Unique City Adventure With Kids

Musim cuti sekolah akhir tahun untuk tahun ini hampir tiba. Kenalah plan aktiviti with kids yang unik, yang luar dari kebiasaan dari kami selalu buat pada cuti sekolah akhir tahun. Tapi belum ada idea lagi nak buat aktiviti apa. Macam untuk cuti sekolah akhir tahun bagi sesi tahun 2024, me and kimchi bawak tiga ketul staycation di Kuala Lumpur. 

Check in di hotel berhampiran di area Pasar Seni iaitu Santa Grand Hotel. Hotel ni tak ada sediakan parking. Jadi kami parking di parking lot Pasar Seni. Then, pusing pusing Kuala Lumpur dengan naik public transport. 



Aktiviti ala ala backpackers bersama-sama anak anak ini selama dua hari satu malam. Sabtu pagi sampai Pasar Seni terus parking di Pasar Seni. Tak dapat nak check in awal sebab penginap bilik kami belum check out. Jadi beg still letak dalam kereta dan kami pergi jalan-jalan tempat-tempat menarik yang ada di KL.




First tempat kami tujui adalah Memorial Tunku Abdu Rahman. Naik LRT dan turun di Sogo. Tapi dari stesen Sogo agak jauh nak jalan kaki nak ke Memorial Tunku Abdul Rahman. Kami naik grab. Posting pasal lawatan Memorial Tunku Abdul Rahman, boleh baca dengan klik SINI.

Lepas melawat Memorial Tunku Abdul Rahman, naik grab untuk ke Sogo balik. Lunch di Sogo. Habis lunch naik train ke stesen Pasar Seni untuk check in hotel yang kami dah book.

Sampai hotel dalam pukul 4-5pm macamtu. Ingatkan bilk kami dah ready untuk masuk. Tengok-tengok bilik kami belum siap kemas dan bersihkan lagi. Adui service out hotel ni. Kena tunggu 30-40 minit jugak baru dapat masuk bilik.




Malamnya kami dinner di Pasar Seni. Di food court nya. Siap makan dinner, pusing-pusing dalam Pasar Seni. Suka dengan vibe Pasar Seni. Penuh dengan hasil kraf tangan. Asthetic sangat. 





Di luar Pasar Seni ada persembahan joget lambak tak silap. Siap pengunjung boleh join menari. Dak Zafirah pun join menari jugak.


Dah habis touring di dalam Pasar Seni, malam masih lagi muda. Sambung lagi jalan-jalan ke Padang Merdeka. Sepanjang jalan nak ke padang merdeka, jalan tepi waterfront. Waterfront ini dipanggil River of Life, Kuala Lumpur. Cantik sangat area waterfront ni. 



Jalan-jalan pada waktu malam dapat tengok lampu-lampu yang dipasang di sepanjang sungai River of Life ni. Jadi tempat lepak urban yang super aesthetic. Sungai ini terletak di pertembungan dua Sungai Klang & Sungai Gombak. River of life ni juga berdekatan dengan Masjid Jamek.




Dah sampai padang merdeka, yang hadapannya bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan ni under construction pulak. Di sekelilingnya diletak pagar besi. Tak dapat nak bergambar cantik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad.



Dah jalan-jalan padang merdeka, tiga ketul dah penat. Balik ke hotel semula yang kat area Pasar Seni untuk rehat dan tidur.

Esoknnya kami check out hotel pukul 11am macamtu sebab aktiviti naik Hop On Hop Off pukul 12pm. Naik bas HOHO di hadapan pasar Seni . Ada HOHO pick up point di situ. Pagi breakfast buffet di hotel. Lepas siap breakfast tiga ketul mandi swimming pool hotel. 





Swimming pool hotel di roof top. Dapat tengok permadangan Kualan Lumpur dari atas hotel sambil mandi swimming pool. Dapat healing with city view sangat. Tiga ketul pun enjoy mandi swimming pool.






Lepas check out, terus naik HOHO. Kami ambik yang city tour. Satu lagi route  yang boleh dipilh adalah garden tour. HOHO bawak pergi ke semua main attraction yang ada di Kuala Lumpur macam Menara KL, KLCC, TRex dan banyak lagi.

Turun di Sungai Wang untuk lunch dan solat. Bila nak naik balik HOHO untuk sambung city tour, kena beratur panjang untuk naik bas HOHO. Bas HOHO  yang ditunggu ni adalah bas yang terakhir yang boleh dinaik. Then dah takde dah bus untuk trip HOHO ni. Hopefully dapat naik HOHO sebelum penuh. Alhamdullilah sampai je bas terakhir ni, kami dapat jugak naik sebelum penuh.



Pergi ke beberapa lagi tempat menarik spot HOHO. Sebelum bas HOHO pergi ke last route, turun di Bukit Bintang.  Nak jalan-jalan di Bukit Bintang. Kat Bukit Bintang jugak boleh naik train untuk balik ke Pasar Seni. Jalan-jalan di Bukit Bintang feeling gadis kota dan urban sangat. 




Dah balik ke pasar Seni balik, bayar Parking nak dekat RM120 macamtu sebab parking selama dua hari. Apapun sangat have fun staycation dan acting backpackers di Kuala Lumpur. Tiga ketul pun seronok jugak.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment