Sambutan Raya Aidilfitri 2025 Di Kampung Jempol, Negeri Sembilan
Sambutan Raya Aidilfitri untuk tahun 2025 sambut di kampung my uwan belah mak di negeri Sembilan. Raya kedua baru balik ke belah Kimchi iaitu di Taiping, Perak.

Tema warna baju raya keluarga saya dan gediks family adalah warna lilac purple. Ikutkan ramai kata warna yang jadi pilihan untuk tema raya tahun ini adalah rich brown. Sekali nohhhh..ramai pilih lilac purple rupanya.
.jpeg)
Menu yang disediakan untuk juadah raya pertama macam biasa mesti ada nasi impit, kuah kacang, rendang, lontong dan sup tulang. Didi ada buat kek batik. Saya pula ada beli dua kek MamaSab. Untuk memperbanyakkan dan mempelbagaikan lagi juadah raya pertama kampong uwan.
.jpeg)
.jpeg)
Sambutan raya pertama di kampong uwan memang akan menerima kunjungan raya saudara mara belah mak ke kampong uwan yang tidak putus-putus, dari pagi sampai malam. Jadi mak tak akan ke mana-mana la.
Tapi cuba lari sekejap untuk pergi raya photoshoot dengan Kimchi dan anak-anak. Dengan gediks family jugak. Supaya ada gambar untuk kenang-kenangan. Ala kat sekitar halaman rumah kampong uwan je. Rumah uwan pun banyak port OOTD cantik. Rumah kampung uwan ada berseni bina kampung tradisional klasik kan.
.jpeg)
.jpeg)
Dengan banyak pokok-pokok bunga cantik cantik ditanam di sekeliling rumah uwan. Uwan jugaklah yang menjaganya. Tak perlu dah book studio untuk nak raya photoshoot. Rumah kampung uwan pun dah cantik untuk photoshoot raya. Cuaca masa raya pertama pun nice untuk photoshoot sebab tak hujan. Tapi panas bahang. Huhu.
.jpeg)
Semoga uwan sihat dan panjang umur supaya dapat sambut raya dengan uwan lagi. Dan dengan keluarga saya juga.
0 comments:
Post a Comment