Tenang tenang minum kopi di Cafe berkonsepkan Glass House & Nature di Pokok KL Cafe

Pilih mengopi sambil healing di Pokok KL Cafe selepas selesai mengundi untuk Pilihan Raya Kecil baru-baru. Pilih cafe yang bestla yang ada interior design yang cantik sebab semua Gediks Family balik dan berkumpul di rumah mak abah di Petaling Jaya untuk mengundi termasuklah famiy Farid. Susah tau nak kumpul semua Gediks family. Especially family Faridla. Sebab tinggal di Johor satu. Satu lagi dia kerja di Singapore dan ada kerja overtime. Farid nak kena planning jadual kerja nya kalau nak ke mana-mana.

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe


Pokok KL Cafe terletak tak jauh dari rumah mak abah iaitu betul-betul di dalam area Mahsa University. Cantik interior design cafe ni. Dikelilingi dengan pokok-pokok hijau. Ngamla dengan nama cafe iaitu ada pokok jugak sebab berkonsepkan nature. Dinding dan atap mostlt transparent supaya dapat lihat pokok-pokok yang berada di luar dari dalam cafe. Confirm healing weyhh makan di cafe ni.

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe


Di cafe ini, menunya ada makanan berat dan juga dessert. Both western dan local ada. Since kami datang mengopi je dan taknak makan berat-berat. So just order kopi dan dessert. Tak dilupakan order makanan yang kids makan iaitu tak lain tak bukan french fries.

Dessert kami order adalah Onde-onde cake, Burnt Cheesa Cake dan Mango Danish. Untuk coffee pulak order matcha, iced pink latte, Down under and flat white & cappucino. Down under adalah Aussie inspired hazelnut latte. Sedapnjugak rasanya. Signature truffle fris untuk tiga ketul.

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe

Semua coffee capai piawaian citarasa coffee saya iaitu tak rasa susu yang overshadow rasa coffee. Nak tahu coffee yang susu overshadow rasa coffee yang memang saya pangkah tak akan order adalah caffee latte starbuck. Perghhh baik bagi minum susu je starbuck caffee latte ni.

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe


Habis dalam RM120. Ni ada tang order drink dan cake pun share share. Standardla kan rate ni untuk cafe macamni. Pokok KL Cafe telah dapat pensijilan Halal tau. Saya jumpa di website. Just masa pergi makan di cafe time tu, tak perasan pulak logo Halal.

Cafe berkonsepkan Glass House Nature Pokok KL Cafe

Tapi boleh repeat lagi pergi ke Pokok kalau rasa ada duit lebih dan nak mengopi di tempat yang confirm akan healing. Sebab confirm dapat menikmati coffee nya sedap di tempat yang mempunyai enterior design yang cantik.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment