Baru Cuba Makan di KFry Urban Korean Kegilaan Ramai Satu Ketika Dahulu

Yea. Masa Kfray mula-mula dibuka dan diperkenalkan di Malaysia satu Ketika dahulu, punya ramai berebut-rebut nak cuba makan di KFray. Sampai kena book dahulu kalau nak makan di KFry. Tak boleh walk in. Kalau ada outlet yang walk in pun kena beratur Panjang yang amat. 

 
Saya dapat tahu susah yang amat nak makan di situ, memang tak adalah terasa nak makan di KFry. Makanan jeapun. Tempat makan viral ni mula-mula jea ramai. Lepastu kembali normal seperti kedai makan lain.


Selepas beberapa tahun, KFry dah tak trending pastu outletnya makin bertambah, barulah saya rasa nak cuba makan di Kfry. Sebab dah tak ramai macam dulu makan di KFry. Itupun sebab ada di SCM yang dekat dengan ofis. Ajaklah member ofis makan di situ time lunch. Makan makanan yang bukan melayu kena ajak member. Kimchi tak layan makan makanan Korea. Dia tak suka. Yang join makan di KFry, geng HIMS iaitu Marwan, Huda dan Awal.


Since empat orang makan, order dua meal yang ada nasi iaitu Kimchi Chicken Dosirak dan Mentaiko Dosirak. Satu ada telur dan ayam dan satu menu ada telur dadar. Then tambah satu mangkuk nasi sebab ada seorang lelaki. Takut tak cukup nasi.


 
Kimchi Chicken Dosirak

Mentaiko Dosirak

Then order signature meal KFry yang membuatkan ramai berebut-rebut nak cuba masa mula dibuka dahulu iaitu Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Boneless chicken yang disaluti dengan sos yang pedas then dibaluti dengan Mozarella cheese. Yang dibaluti dengan cheese dibuat secara depan-depan kami di meja kami oleh waiter. Haa hat ni yang dulunya sangat ramai share video balut cheese di medsos. Kami pun tak ketinggalan rakam tapi malas nak share di medsos.

 

  Mini Cheesy Bumbuk Spicy Fried Chicken Yangnyeom


Bumbuk nis elain perisa pedas ada je yang tak pedas. Ada tiga flavour lain yang boleh dipilih iaitu original, honey mustard dan yangnyyeom. Kami pilih pedas sebab pikir nak makan dengan cheese kan. Cheese ni muak so lawannya kenalah ada yang pedas. Supaya rasanya balance.

Dah siap saluti semua chicken dengan cheese, barulah makan. Tak sabar nak tau rasanya sebab macam saya kata tadi pernah sangat jadi kegilaan ramai kan. Bila makan Bumbuk ni ermmm..cheese dia tu kuat betul rasa susunya. Saya ni dahlah tak suka susu. Memanglah cheese kena rasa susu, diperbuatkan dari susu kan. Tapia da jea yang tak kuat rasa susu macam chesdar. Then most of Mozarella cheese,yang pizza topping tu tak kuat pun rasa susu. Rasa lemak-lemak macamtu je.

Nasib baik ada rasa pedas je. Tapi jenuh jugaklah nak habiskan seketul. Then ketul yang kedua, saya macam buang cheese tu. Then that it tak boleh makan lagi Bumbuk. Suruh member je habiskan. Nasib baik ada order jugak KFry Garlic Soya Wings. Yang tak ada salut cheese. Kalau tak, sedikit sangat ayam yang saya  makan. Ada menu nasi pun ada jugak ayam iaitu kimchi chicken. Tapi rasanya so solah sebab bukan fried chicken.

 

KFry Garlic Soya Wings

 
Baca review ada yang katanya dessert sedap. Mula-mula ada plan nak order Bingsoo. Tapi tak jadi takut kenyang makan nasi dan ayam. Haaa nasib baik tak order. Memang full tank pun.


Lepas terasa muak makan cheese dari meal yang sangat menjadi kegilaan ramai ni, terus tak terasa nak repeat nak makan di KFry. Sebab saya tak suka cheese yang kuat rasa susuuuu. Harga pun boleh tahan pricey. Kalau repeat pun  maybe just nak try Bingsoo. 

 

Kalau terasa nak makan Fried Chicken Korean style baik makan di Kychoon. Lagi puas hati. Nasib baiklah tak join kejar makan di KFry masa mula-mula trending dulu. Yang sanggup beratur lama. Kalau tak buang masa saya jea. Huhu.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Saya pun tak pernah try makan di kfry.

    ReplyDelete